Salaam Alayk~
Tangan ana terluka. Bahagian ibu jari. Agak dalam. Seperti terkupas kulit dan boleh nampak daging merah di dalam. Sakit sedikit.
Ana dapat luka tersebut semasa menyediakan makan malam bersempena ulang tahun kelahiran sahabat ana di Warwick. Dia sangat baik dengan ana. Tapi ana ni.. x berapa pandai nak luah perasaan.
Tahun ini, tahun ke 3 ana belajar di universiti yang sama dengan dia. Tahun pertama, ana x sambut birthday dia pun. Sebab ana x tahu. Lagipun, waktu tu masih awal dan masih tak kenal sangat dengan dia. Tahun kedua pun sama. Tapi.. sebab ana ni busy sangat sampai ana terlupa tarikh birthday dia.
Alhamdulillah.. Tahun ini, ana ingat.. Cuma pada waktu itu sangat busy dan sengaja tak nak wish pada hari ulang tahun dia. Hehe.. Namun, Allah masih beri ana kesempatan untuk ana menghargai sahabat ana.
Ana masak fish and chip pada malam itu. Resepi ummi ana (denagn tambahan dan ulang kaji dari youtube). Fresh. Ikannya diperam dan digoreng sendiri. Begitu juga dengan kentangnya. Ana rebus dan kemudian ana goreng agar teksturnya lebig lembut dan sedap dimakan. Cuma, sewaktu ana ingin menyediakan coleslaw, ana tercederakan tangan ana.. Banyak darah keluar. Terus ana lap menggunakan tisu.
Tiba-tiba sahabat ana datang dan memberikan plaster. Huhu.. tahu-tahu je ana x ada first aid kit dalam bilik. Alhamdulillah.. Tangan kanan ana susah sedikit nak bekerja. Tapi lebih baik dari darah terus menerus keluar.
Orang yang makan fish and chip kata sedap. Ana sendiri pun kata sedap. Hehe.. Sekurang-kurangnya, lebih sedap dari yang di kedai.
"Friends is like chocolate.. It is the inside that matters"
jzkk duhai sahabat ^_^
p/s : Tadi pergi kuliah pun susah nak tulis. Sebab cedera di ibu jari, tulisan pun ala kadar sahaja. Entah ana boleh baca semula atau tidak tulisan ana. -_-"
:: lifeisanAcademy ::

1 feedback(s):
wow rajinnyer masak fish and chip sendiri..
selalu beli kat iceland jer..haha.
Post a Comment