Salaam Alayk~
"Akhi, kalau anta nak cari rumah brothers dan sisters, anta cari rumah yang halamannya rumput paling panjang"
Ok. Kenyataan di atas bagi ana adalah over simplify generalisation. Tapi, pada satu bahagian yang lain ana sendiri agak bersetuju.
Mungkin ramai yang akan kata :
"Student kot! Biasalah.. Hidup bujuang. Baju pun pakai 3,4,5 kali. Bilik bersepah, rumah bersepah.. Rumput di halaman apatah lagi?"
"Busy la bro.. Kalau aku potong rumput pun, bukan dapat first class dalam exam"
"Ni kerja landlord lah.. Diorang tu makan duit sewa buta je. Kita bayar kot. Diorang yang tak jaga yard tu"
"Ish.. X kuasa la I nak potong rumput.. X kelas lah I nanti. Buat kerja tukang kebun"
Dan pelbagai respon lain yang mungkin kita akan terima bila ditanyakan soalan seperti ini. Err.. mungkin brothers and sisters x jawab macam ni lah.. Mungkin akan ramai sahaja yang akan tertunduk menyepi tanpa jawapan - kerana menyedari kekurangan mereka dari segi tersebut dan akan cuba untuk memperbaikinya selepas ini. Munazzamun fi syu'unihi masih perlu dipertingkatkan. Zaaas!! for me too..
Itu belum masuk isu bilik, ruang tamu, dapur, tandas dan sebagainya.
Mengapa perlu bersih? Rasanya x perlu ana terangkan secara panjang lebar. Agaknya mengapa bab taharah sering kali menjadi bab yang pertama dalam kitab2 Fiqh? Bagaimana pula dengan ayat-ayat di bawah?
"Dan pakaianmu sucikanlah, dan perbuatan dosa tinggalkanlah"
[Surah Al-Mudassir : 4-5]
"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaianmu yang baik (khuzu ziinatakum) pada setiap kali memasuki masjid, dan makan serta minumlah namun janganlah engkau berlebihan. Sungguh Allah tidak menyukai mereka yang berlebih-lebihan"
[Surah Al-'Araf : 31]
Juga terdapat hadith yang diriwayatkan oleh Abi Malik Al-Asya'ari bahawa Rasulullah saw bersabda At-tuhuur syatrul iman yang bermaksud kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman. Hadith ini direkodkan oleh Imam Muslim.
Eh2?? Rumah ana bukan macam ni.. Nak tahu kena ziarah ana lah!
Bila berbicara mengenai kebersihan.. Ana masih ingat bagaimana ana ditarbiyyah mengenai kebersihan. Alhamdulillah.. Sewaktu di bangku sekolah, ana pernah diberi amanah untuk menjawat jawatan pengawas. Well.. pengawas di sekolah kami sedikit berbeza. Jika disekolah anda pengawas adalah orang yang paling suka denda orang basuh tandas.. Pengawas di sekolah ana pula adalah mereka yang paling ringan tulang.
Walaupun ana bersekolah swasta, sekolah ana bukanlah sebuah sekolah yang mewah. Alhamdulillah.. cukup sekadarnya pada waktu itu. Sekolah kami hanya ada seorang tukang penjaga sekolah. Dialah yang potong pokok, sapu sampah, buang sampah dan pelbagai kerja-kerja pembersihan.
Walaupun begitu, kami diberi amanah untuk menyayangi sekolah kami. Setiap bulan, setiap pelajar akan ditugaskan untuk membersihkan kawasan perkarangan sekolah mengikut hari dan giliran yang ditetapkan- pengwas pula akan memastikan tugas itu dilaksanakan. Cuma, cara pengawas memastikan tugas membersihkan itu dijalankan dengan baik.. Pengawaslah yang paling ringan tulang untuk membersihkannya. Bermula dari mengingatkan kawan-kawan yang berkaitan, mengambil peralatan, sama-sama membersihkan kawasan tersebut hinggalah melaporkan bahawa tugas tersebut sudahpun dijalankan.
Menarik bukan? Jika pelajar biasa membersihkan kawasan sekolah sekali sebulan, pengawas pula membersihkan kawasan sekolah pada setiap hari persekolahan. Yang peliknya, kami tidak pernah merungut!! Rajin kan pengawas di sekolah ana?? ^_^ Mungkin kerana rasa tanggungjawab kami melakukan sedemikian, mungkin juga kerana pahala dan ganjaran yang ditawarkan Allah dan mungkin juga kerana menyedari bertapa pentingnya aspek kebersihan dalam kehidupan seorang muslim.
JOM jadi muslim yang kemas + bersih (fizikal + mental + spiritual)
p/s : Hadith annazofatu minal iman tu hadith maudhu' (maksudnya hadith palsu).. Bukan hadith sebenarnya. Hanya kata-kata yang baik dan peribahasa arab.
:: lifeisanAcademy ::


0 feedback(s):
Post a Comment