Salaam Alayk~
Keadaan pada itu waktu itu redup, tinggalan kesan hujan pada malam sebelumnya. Saat Allah menenangkan hati para muslimin serta membersihkan hati-hati mereka. Bantuan Al-Khaliq kepada kekasihNya juga mereka yang bersama. Bumi yang mereka pijak terasa kemas, pasir-pasirnya menjad padat sehingga teguhlah kedudukan kaki mereka.
Sungguhpun begitu, suasananya tegang. 1000 prajuritlengkap bersenjata dari Kota Mekah menggempur 313 manusia pilihan. Termaktub dalam hadith Qudsi :
“Buatlah apa yang kamu sukai (wahai ahli Badar), sesungguhnya Aku telah ampunkan segala dosa kamu”
[Hadith riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmizi]
Dalam hingar-bingar peperangan, kelihatan dua orang anak muda. Umur mereka masih belia remaja. Seorang dari mereka bergegas menghampiri Abdul Rahman bin ‘Awf dan berbisik :
“Pakcik, tunjukkan saya yang mana satu Abu jahal,”
Kerana usia mereka terlalu muda, Abdul Rahman bin ‘Awf berasa khuatir.
“Hai anak saudaraku, apa yang hendak kamu buat dengannya?”
“Saya diberitahu bahawa dia telah memaki Rasulullah saw!”
Kemudian temannya yang seorang lagi berbuat yang sama kepada Abdul Rahman bin ‘Awf. Perasaan kagum memenuhi dada usahawan islam yang masyhur ini.
“Tidakkah kamu berdua melihat orang itu? Inilah orangnya yang kamu tanyakan kepadaku” seraya menunjukkan ke arah Abu Al-Hakam yang sedang berlegar di celah-celah manusia.
Tanpa melengahkan masa, kedua remaja tersebut dengan pantas menyerbu ke arah Abu Jahal dan memeranginya sehingga menyebabkan hayat penjenayah besar itu berakhir pada hari itu juga. Setelah itu, mereka menemui Rasulullah saw dan mengkhabarkan pencapaian mereka. Lalu Rasulullah saw bertanya :
“Siapakah antara kamu berdua yang membunuhnya?”
“Sayalah yang telah membunuhnya!” jawab salah seorang dari mereka.
“Apakah kamu berdua telah membersihkan pedangmu?” tanya baginda lagi.
“Belum”
Rasulullah saw melihat kepada pedang mereka berdua dan berkata :
“Kamu berdua yang membunuhnya”
Kedua remaja tersebut adalah Muaz bin ‘Amru bin Al-Jamuh dan Muawwiz bin ‘Afra.
Ummat Islam pada ketika itu sedang pertama kali berpuasa Ramadhan. Satu cabaran yang sangat getir apabila Allah menjanjikan kepada mereka 1000 tentera yang memang selama ini memendam rasa terhadap mereka dan bukannya kafilah pedangang. Menghadapi musuh dalam peperangan bukanlah perkara yang mudah, ditambah lagi dengan perintah untuk berpuasa.
Namun, atas segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan pada waktu itu, Allah swt mengurniakan kepada ummat Islam hari Eid Fitr.
Saya kongsikan kisah di atas sebagai peringatan dan pengajaran kepada diri saya khusunya. Itu hanya sebahagian dari kisah-kisah yang berlaku di bulan yang penuh barakah ini. Melihat kepada situasi semasa, ummat islam kini seperti tidak mengerti nilai Ramadhan dan Eid Fitri. Ramadhan dilalui seperti rutin tahunan, menahan lapar dan dahaga kerana ianya satu kewajiban yang dipaksakan dan bukannya direlakan serta diselami hakikatnya.
Mampukah kita menjiwai erti sebenar Ramadhan Al-Mubarak? Layakkah kita meraikan Eid Fitr? Saya kembalikan persoalan ini kepada diri kita untuk mejawabnya.
Selamat melalui akademi Ramadhan kali ini.
Ramadhan Kareem!
p/s : Article ini ditulis buat http://ikramramadhan.tumblr.com/. Alhamdulillah.. Diterima dan sudahpun dipublish. Jadi, ana kongsikan juga di sini. Moga bermanfaat. Website tu sangat best untuk menghidupkan Ramadhan tahun ini. JOM singgah website Ramadhan : An Academy.. ^_^
:: lifeisanAcademy ::

0 feedback(s):
Post a Comment