Salaam Alayk~
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.
(رواه البخاري ومسلم)
Dari Abu Hurairah ra, bahawasanya nabi saw bersabda :
" Barangsiapa yang mengerjakan puasa Ramadhan dengan (penuh) keimanan dan mengharapkan (rahmat Allah taala), nescaya diampunkan dosa-dosanya yang lalu "
[Muttafaqun Alaih]
Ana x tahu.. sudah berapa kali ana mendengar hadith ini. Barangkali, sejak ana dibangku sekolah lagi. Para muallim dan muallimah, abang-abang dan kakak-kakak berkongsi mengenai hadith ini. Hadith ini ada sambungnnya(antara sambungan ataupun riwayat yang lain).. tapi yang berubah hanya bahagian man sooma ramadhan kepada man qaama ramadhan dan man qaama lailatul qadr.
Ana juga tidak pasti, mengapa baru kali ini ana berasa sangat eager untuk mencari dan mendapatkan keampunan dari Allah mengenai dosa-dosa ana yang lampau. Mungkin, hati ana selama ini gelap + hitam diselubungi dosa-dosa yang selama ini ana sedar ataupun yang ana tidak sedari.
" Ya Allah.. terima kasih kerana memberi aku peluang di saat ramadhan kali ini berbaki 10 hari sahaja lagi. Belum tentu aku akan mendapatkan peluang ini lagi. Terima kasih ya Allah.. Ampunilah kesalahanku dan keingkaranku kepadaMu selama ini. "
Ana lebih suka mengambil maksud ihtisaban sebagi menghitung-hitung diri sendiri pada masa yang sama mengharapkan rahmat Allah. Dalam erti kata lain, memuhasabah diri. Yang akhirnya akan berbalik kepada mengharap rahmat Allah kerana kelemahan dan kekurangan diri yang memerlukan rahmat dari Allah untuk mendapat pengampunanNya dan syurgaNya.
Berkira-kira dengan diri apakah selama ini ana telah menjadi hamba Allah yang soleh juga musleh
Berkira-kira dengan diri samada selama ini ana telah menjadi hamba Allah yang bersyukur
Berkira-kira dengan diri berapa banyak dosa yang telah ana lakukan selama ini
Berkira-kira dengan diri sendiri layakkah sebenarnya ana ni?
" Ya Allah.. Moga aku tergolong dalam mereka yang mendapat pengampunan dariMu atas dosa-dosanya yang lalu.. "
p/s : Ramadhan sudah mahu melabuhkan tirainya. Kini tiba 10 malam yang terakhir. Mampukah kita mendapatkan pengampunan yang dijanjikan? Atau kita masih akan tergolong dalam mereka yang rugi kerana tidak mencapai matlamat Ramadhan? Anda tentukan!
:: lifeisanAcademy ::

0 feedback(s):
Post a Comment