Salaam Alayk~
Jaulah Europe : Paris – Cinta di balik Menara Eiffel
Pagi itu kami bertolak dari Nevers, setelah persinggahan penuh memori. Alhamdulillah kerana ana masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat iman dan ukhuwwah. Kami sampai di Paris dalam jam 8 paggi,bermaksud kami hanya ada masa sehingga ke petang sebelum menaiki flight untuk kembali ke United Kingdom setelah lebih seminggu kami berjaulah.
Banyak tempat yang menarik di Paris. Cuma yang mana satu hendak dituju? Begitu juga dengan hidup kita.
Justeru, kesempatan yang ada kami gunakan sebaik mungkin. Berbekalkan peta perjalanan yang kami dapat dari kenalan di Nevers, kami mula mengorak langkah. Destinasi pertama kami, Musee de Lourve. Ini kali pertama ana melihat sebuah muzium yang sebesar dan segah ini. Sedikit perasaan takjub mula timbul dalam hati.
Bergambar di Musee de Lourve. Teringat novel Da Vinci Code ^^.
“Andainya muzium ini digunakan untuk membawa manusia mengenal siapa Tuhan”
Itulah monolog ana.
Selesai bergambar (tak masuk sebab rasa macam tak berbaloi), kami bergerak menuju ke menara Eiffel. Ada 2 perkara yang ana ingin kongsikan mengenai menara Eiffel ini :
1. Terlalu ramai penjaja di sekitar kawasan tarikan ini. Huh! Rimas juga asyik dikejar penjaja. Mungkin pihak berkuasa boleh menyediakan satu kawasan di mana para pelawat dapat memilih produk yang diingini?
2. Kebersihan kawasan sekitar menara Eiffel tidak dijaga dengan baik. Lihat sahajalah Gambar-gambar dibawah. Hurm.. Mungkin ana tak patut menilai sebegitu, hanya Cubaan yang baik dalam mengcantikkan permandangan sekitar menara Eiffel dengan menanam pelbagai jenis bunga-bungaan dan tumbuhan yang lain.
Interesting.. of so many places that we visit, only Paris have a rat corpse
Tulips di persekitaran menara Eiffel
Menara Eiffel dari bawah
Namun, 2 perkara tersebut tidaklah memburukkan momori ana di kota Paris. Kisahnya bermula begini..
Setelah penat berjalan dan bergambar berbelakangkan menara Eiffel, kami berhajat untuk membeli sedikit cendera hati. Seorang penjaja menahan kami. Dia menawarkan kami 5 key-chain replica manara Eiffel untuk kami dengan harga satu euro. Entah bagaimana, pada akhirnya ana Berjaya membeli 8 key-chain tersebut dengan harga 1 euro. Pada waktu itu, hanya ana yang mahu membeli pada penjaja itu. Mungkin kerana sahabat kami yang pernah ke sini berkata bahawa untuk 1 euro, kami boleh dapatkan bilangan yang lebih banyak. Kemudian, kami meninggalkan penjaja tersebut.
Disebabkan kami masih belum berehat sejak tiba di Paris, kami mengambil keputusan untuk berhenti berehat di kawasan sungai yang berdekatan dengan menara tersebut. 10 minit berehat dan memakan bekal yang diberi oleh kenalan ana dari Nevers, Ashraaf ingin mencuba nasib untuk membeli key-chain yang sama. Manalah tahu, mungkin boleh dapat lebih banyak. Cuba dan terus mencuba, Ashraaf cuma mampu untuk mendapatkan 6 key-chain dengan harga yang sama.
Inilah key-chain yang ana maksudkan tu
Kurang berpuas hati dengan harga yang ditawarkan, kami mencuba nasib di kawasan yang tadi. Dalam perjalanan untuk ke sana, ana terlihat seorang penjaja berkulit hitam. Mukanya tenang. Seperti ada tarikan yang menyebabkan ana tertarik padanya.
“Hello.. Excuse me, how much does it cost for the key-chains?” tanya ana.
“5 key-chains for 1 euro” jawabnya.
“Why it is so expensive?” ana cuba berunding.
“No! This is the normal price. You can’t get more than that” tambahnya lagi.
“No.. I can get 6 or 7 for 1 euro. And I just get 8 piece for the same price” ana mencuba lagi.
“Really?” katanya tidak percaya.
“Yes. I bought it there” sambil menunjukkan arah tempat ana membeli key-chain yang sebelum ini.
“Are you muslim?” tanya dia.
“Yes. We are muslim” terang kami.
“Assalamualaikum.. I’m a muslim too” katanya sambil menghulurkan tangan.
“Waalaikumussalam” jawab kami sambil berjabat tangan.
“You know that wa kulil haqqu walau kaana murra?” kata dia pada kami.
Ah! Hadith ini. Hadith yang bermaksud berkatalah yang benar walau ianya pahit. Ana sangat jelas dengan hadith ini. Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri. Walaupun ada yang mengkategorikan hadith ini sebagai dhoif, intipatinya sangat baik dan jelas. Pengajaran yang bermnafaat buat seorang muslim.
“Yes, I understand” jawab ana.
“OK. Follow me” katanya lagi sambil membawa kami ke tempat yang sedikit terlindung. Barangkali, dia khuatir ada penjaja lain ingin merebut pelanggannya.
Sambil kami berjalan, ana sempat mengetahui bahawa dia merupakan pendatang yang mengadu nasib di Paris ini. Dia berasal dari sebuah Negara muslim Afrika(Asif.. Tak ingat pula negara yang mana satu tapi bukan Senegal). Ana juga dapat tahu nama dia adalah Abu Bakar.
“OK. I’ll give you 7 for 1 euro” tawar dia.
Ana memandang kepada 2 lagi teman berjaulah ana. “Bagaimana? Nak beli?” Mereka bersetuju dan membayar sebanyak 5 euro untuk 35 biji key-chain replica tersebut.
Bermula kami bersetuju untuk membeli key-chain tersebut, mulutnya tidak lekang dengan sebutan Alhamdulillah..
Ana hanya tersenyum mendengarnya.
Sebelum kami beredar, ana memberinya not 5 euro.
“Keep this as an extra” kata ana pada dia.
“Thank you for everything, take care of yourself and Assalamualaikum”
Ana berjalan pergi dengan gembira. Kalau dikira, kami membeli dengan harga yang lebih mahal dari harga asalnya. Tak mengapa. Cukup dengan peringatan yang diberikan. Ana puas!
Kemudian, kami bertiga bergerak menuju ke Masjid Besar Paris. Ok. Nama masjid tersebut bukan Masjid Besar Paris. Ana yang bagi nama tu. Sebab memang besar pun. Namanya dalam bahasa French adalah Mosquee de Paris. Ana tak pasti samada ini masjid yang sama dengan Le Grande Mosquee. Huhu.. Perlu bertanya dengan orang yang belajar di France. Masjid tersebut merupakan gabungan masjid dan muzium islam Paris. Seni binanya sangat menarik dan dalam banyak tempat yang kami singgah, hanya di Kota Roma sahaja kami tidak singgah ke masjid kerana tidak jumpa(dah cari dalam map and internet. Masjid terdekat sangat jauh).
Baru selesai menunaikan fardhu Zuhr(dan 'Asr bagi kami yang bermusafir)
Bergambar disekitar kawasan masjid
Taman di dalam masjid + minaret
Selesai menunaikan fardhu Zuhr dan Asr secara berjemaah, kami bertolak ke sebuah Pasar Raya Quatre Temps untuk singgah di Lal’s Café. Lal’s Café merupakan café fast food yang menyediakan makanan halal. Walaupun agak mahal sedikit, tapi kami tidak kisah kerana ianya halal!
Lal's Cafe - agak tersorok tapi okay lah!
Penat berjalan seharian, akhirnya kami menaiki metro untuk ke airport Paris Bercy. Alhamdulillah.. Penerbangan kami untuk kembali ke UK tiba tepat pada waktunya. Untuk itu, berakhirlah siri perjalanan jaulah kami merentasi beberapa negara Eropah. Moga penglaman yang kami tempuhi mematangkan kami dan bermanfaat buat kami hingga ke akhirnya.
p/s : Semasa kami di Nevers, ana sempat mengeluarkan gbp100 sebagai wang kecemasan. Alhamdulillah.. Untuk jaulah kali ini, kami berbelanja dalam gbp550 seorang. Worth atau tidak, terpulang kepada pendapat masing-masing. Ana?? Sudah tentu bermanfaat dan murah! Untuk apa yang kami dapat sepanjang perjalanan kami.
Justeru, ana kongsikan siri Jaulah Europe aa buat para pembaca. Semoga anda memperoleh manfaat yang sama.
:: lifeisanAcademy ::

2 feedback(s):
naufaul, aku rasa tikus tuh salah seekor kerabat tikus dalam ceta ratatouille tuh la. :D
thanks for sharing, naufal. aku suka baca siri jaulah ang. rasa macam ikot jelajah skali ja. :)
@cikdekja
Jikalau ya, kasihannya tikus tu.
Jzkk kerana mengikuti. Moga beroleh manfaat.
Post a Comment