Salaam Alayk~
Jaulah Europe : Roma – Adakah hanya aku yang berperasaan begitu?
Alif lam Mim.
Bangsa Romawi telah dikalahkan,
Di negeri yang terdekat dan mereka setelah kekalahannya itu akan menang,
dalam beberapa tahun (lagi). Bagi Allah-lah urusan sebelum dan setelah (mereka menang). Dan pada hari (kemenangan bangsa Romawi) itu bergembiralah orang-orang yang beriman,
kerana pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang Dia kehendaki. Dia Maha Perkasa, Maha Penyayang.
(Itulah) janji Allah. Allah tidak akan menyalahi janji-Nya, tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui.
Mereka mengetahui yang zahir dari kehidupan dunia; sedangkan terhadap (kehidupan) akhirat mereka lalai.
Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) diri mereka? Allah tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya elainkan dengan (tujuan) yang benar dan dalam waktu yang ditentukan. Dan sesungguhnya banyak di antara manusia benar-benar mengingkari pertemuan dengan Tuhannya.
Dan tidakkah mereka bepergian di bumi lalu melihat bagaimana kesudahan orang-orang sebelum mereka (yang mendustakan rasul)? Orang-irang itu lebih kuat dari mereka (sendiri) dan mereka telah mengolah bumi (tanah) serta memakmurkannya melebihi apa yang telah mereka makmurkan. Dan telah dating kepada mereka rasul-rasul mereka dengan membawa bukti yang jelas. Maka Allah sama sekali tidak berlaku zalim kepada mereka, tetapi merekalah yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri.
Kemudian, azab yang lebih buruk adalah kesudahan bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan. Kerana mereka mendustakan ayat-ayat Allah dan mereka selalu memperolok-olokkannya.
[Surah Ar-Rum : 1-10]
Pagi itu, pagi yang duka.
Entah mengapa ana berasa begitu. Cuaca terik menyambut kami di lapangan terbang Leonardo da Vinci, Roma Fumicino. Panas, awan di langit hanya sedikit. Namun sangat berbeza di hati ana. Pada awalnya, mungkin hanya prasangka ana sahaja.. Ya.. Hanya prasangka..
1 jam menaiki bas ke ibu kota Rome, ternyata perasaan itu bukan hanya prasangka. Hati ana bertarung; antara kekaguman tamadun Rom yang gah suatu ketika dahulu dan kerunsingan dek berada di pusat tumpuan agama Christian, Vatican City.
Sampai sahaja di ibu kota Rome, segera kami merancang perjalanan. Bebekalkan 2 botol air dan informasi yang dikumpulkan dari booth informasi untuk pelancong sewaktu di lapangan terbang, kami memulakan perjalanan. Bandar Rome adalah Bandar yang agak mencabar. Dengan keluasan perimeter yang besar dan keadaan geografi yang sedikit berbukit, perjalanan kali ini sangat menguji ketahanan fizikal dan mental.
Basilica Santa Maria degli Angeli - punya sejarah yang tersendiri.
Saidi di hadapan Repubblica Teatro dell'Opera. Round about yang sangat busy dan sarat dengan kenderaan berkelajuan pantas.
Kenapa macam terasa berada di negara timur tengah?? Hurm..
Pasar di tengah bandar Rome
"Take 5" setelah hampir sejam berjalan. Berteduh di bawah bayangan obelisk!?
Permandangan jalanan di bandar Rome
Teguhnya sekuntum bunga beradu nasib di bandar yang tinggal sejarah
Colosseum - Bukti jahilyyah lampau apabila manusia lupa siapa Tuhannya.
Seni bina silam - simbolik kekuatan yang dibina tanpa asas ketauhidan
The Roman Arch - Kemegahan tamadun silam. Bakalkah ia berulang di abad ini?
Never trust the price!! You can get more with the same amount of money. Believe it!!
"Taman Tamadun Babylon" versi Rom
Tak akan Melayu hilang di Dunia. Tersempak dengan pakcik dari London yang ditaqdirkan bercuti di Rom bersama isterinya dan sahabat isterinya.
Saidi bergambar dihadapan Santa Maria di Loreto.
Pantheon - Seni bina yang sangat menarik, kesal digunakan untuk mensyirikkan Allah
Boleh dikatakan sebagai tempat menjual hasil seni lukisan - Piazza Navona
Cubaan menikmati pizza dari sumber yang asli.. Star(s) anybody?
“ Kembara ini, kembara tarbiyyah.. sarat dengan ujian dan cabarannya yang tersendiri, menguji seteguh mana tsiqah dan ukhuwwah antara kita ”
Hampir 4 jam kami berjalan mengelilingi bandar Rome, akhirnya kami akur. Badan kami keletihan dan lenguh. Sepanjang kembara kami, kami masih belum mempunyai rehat yang cukup. Kami bersepakat untuk pergi ke salah sebuah hotel yang kami bercadang untuk menginap. Resepsi hotel tersebut berada di tingkat 3. Dengan badan yang penat, kami menaiki tangga yang rasanya seperti sangat jauh. Tiba kami di meja resepsi, kami dimaklumkan bahawa hotel tersebut sudahpun penuh. Maka, terpaksalah kami mencari hotel yang lain.
Sedang kami berjalan mencari tampat untuk menginap, tiba-tiba darah mengalir keluar dari hidung Ashraaf. Astargfirullah.. Ana mula panik. Perasaan bersalah mula menyelubungi diri kerana tersedar bahawa telah menzalimi kapasiti diri. Bingkas ana mencapai pek tisu yang ana bawa bersama dan memberikannya kepada Ashraaf.
Dengan perasaan penuh tawakkal dan berserah, kami terus memasuki sebuah hotel yang berdekatan. Saat itu, ana rasa seperti mahu sujud syukur sangat-sangat(tapi terpaksa menghormati adat dan perilaku masyarakat), lantas ucapan hamdalah tidak putus-putus diucapkan. Tempat penginapan yang selama ini kami cari untuk 3 orang, di hotel ini kami ditawarkan untuk duduk di dalam bilik bersaiz double dengan tambahan 6 Euro (hanya untuk sarapan seorang lagi). Malam itu, kami mengambil peluang untuk berehat sebaik-baiknya.
Kesokkan harinya, kami meneruskan perjalanan ke beberapa tempat yang masih belum kami kunjungi. Kali ini, dengan lebih berhemah tanpa menzalimi diri lagi. ^_^ Pada waktu petangnya, kami menaiki bas untuk kembali ke lapangan terbang Leonardo da Vinci. InsyaAllah.. Destinasi seterusnya kami yang seterusnya; Nice, France.
Kunci Hotel. Syukran ya Allah~
Sarapan yang termasuk dalam bayaran menyewa bilik di hotel. Sumber tenaga sebelum memulakan perjalanan.
Tekun membaca sejarah Circo Massimo (Circus Besar)..
Circo Massimo.. Hanya tinggal sebagai lapangan..
Merenung apakah aku hanya akan tinggal menjadi lebihan dunia, luput dek zaman tanpa menyumbang apa-apa kepada dunia ini
Duduk sebentar setelah penat berjalan sambil update butiran perjalanan untuk hari tersebut
Panorama jambatan Ponte Cestilo.
Melengkapkan mutabaah amal sepanjang jaulah kali ini. Alhamdulillah.. Habis membaca satu juz lebih sementara menunggu bas untuk kembali ke lapangan terbang
Prayer Room di lapangan terbang Leonardo da Vinci. Menarik bukan?
Andai anda ternampak tanda orang sedang duduk seperti di atas, ia bermaksud prayer room. ^_^
Monumen kesenian yang terdapat di lapangan terbang
Lapangan terbang ini sangat panjang. Huh! Penat berjalan mencari boarding gate.
p/s : Try took for the asbabun nuzul verse 1-10 surah Ar-Rum or read the tafseer for the whole surah.. Mungkin anda akan mengetahui kemegahan Rom suatu masa dahulu. You can read the seerah as well.
:: lifeisanAcademy ::

3 feedback(s):
Salam...nice picture especially prayer room...insyAllah, i'll read 1-10 surah Ar-Rum...tq saudari..
salam'alayk~
lama tak berjaulah ke lifeisanAcademy...heee;)
nwy, entry ni: subahanallah! ^___^
@Anonymous
Salaam alayk~. jzkk. Most of the picture diambil oleh sahabat ana. Thus, credit to him :).
Tafsir surah rum tengiang2 di minda saat menjejak kaki di airport. Lantas perasaan bercelaru. Alhamdulillah.. experience yang menakjubkan.
@Athirah Taha
jzkk.. pengalaman berjaulah selama lebih dari seminggu. Penat tetapi bermakna.
Post a Comment