Nice & Monaco – Seindah ukhuwwah di tepian pantai Azure

|

Salaam Alayk~ 

Jaulah Europe : Nice & Monaco – Seindah ukhuwwah di tepian pantai Azure


Cuaca pada petang itu indah. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Awan berarak manja. Seperti meraikan kedatangan kami ke negara “Azure” ini.




Hehe.. Cuba cari, yang mana flight kami?

Penerbangan kami singkat. Kami sampai awal dari waktu yang ditentukan.

Di negara ini, tidak ramai yang mahu berbicara dalam bahasa Inggeris. Kami buntu mencari jalan keluar. Akhirnya, ana menghantar pesanan ringkas kepada sahabat ana yang akan menyambut kami di lapangan terbang Nice. Walaupun kosnya mahal sedikit, tapi tidak mengapa. Kerana harga sebuah ukhuwwah itu lebih mahal harganya.

Ana masih belum pernah bertemu dengan sahabat ana yang seorang ini. Sebelum ini, kami hanya berbalas e-mail di ruangan maya. Rupanya juga ana belum tahu. Adakah orangnya peramah seperti sikapnya di alam maya? Adakah orangnya tinggi? Adakah dia berasal dari golongan berada? Bercermin matakah dia? Ah! Hatiku menduga. Indahnya ukhuwwah yang bertautkan akidah islamiyyah. Apa yang dipandang hanyalah islah ke arah pembaikan tanpa mengira warna kulit dan status.

5 minit menanti, akhirnya sahabat yang ditunggu-tunggu sampai dan menyambut kami mesra. Mukanya penuh senyuman mesra. Perasaan rindu di dalam hati di lepaskan dengan berjabat tangan dan pelukan mesra.

“Akhi apa khabar?”
“Alhamdulillah.. Sihat-sihat sahaja. Yang sakit terus sembuh bila melihat wajah ikhwah”

Kami tertawa mesra.

“Asif, kami sedikit lewat. Tak sangka pula penerbangan antum tiba awal dari masa yang dijanjikan”
“Tidak mengapa. Tadi kami bersiar-siar disekitar airport. Lagipun, kami yang sampai awal. Tak ada lah lama sangat pun”

Kemudian, kami pun beredar untuk Bandar Nice.

Waktu itu waktu maghrib. Kami singgah di sebuah masjid di bandar Nice. Ada benda yang menyebabkan ana sangat kagum dengan muslim di Nice. Masjid itu tidaklah sebesar masjid-masjid di Malaysia.Hanya sebuah rumah kedai satu tingkat, tiada ruang pengudaraan yang baik. Hanya terdapat beberapa pili air disediakan untuk mengambil wudhu’. Namun, ana sangat yakin bilangan Jemaah yang hadir melebihi bilangan Jemaah yang hadir di Malaysia. Para remaja, warga muda dan tua, kanak-kanak.. Ana kagum. Kagum dengan mereka yang mengimarahkan masjid. Lelaki masjid.

Akhirnya, kami dibawa ke sebuah hotel. Ringkas. Tetapi cukup selesa buat kami sang perantau. Sistem hotel ini sedikit lain. Kos sewa bilik dan sewa bilik air berbeza. Maksudnya, kami boleh sewa bilik yang tiada bilik air. Jika kami mahu  ke bilik air, akan dikenakan kos tambahan. Atau, kami boleh sewa yang di dalamnya ada bilik air. Cuma sewanya lebih mahal sedikit. Kami pilih yang mana? Sudah tentu yang ada bilik air!




Inilah hotel tempat kami menginap. Hanya satu bintang. Tapi cukup selesa buat kami. Hotel yang meninggalkan banyak bintang dalam hati kami.

Perancangan asal kami adalah untuk tinggal di rumah mereka sahaja. Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.. Rupa-rupanya rumah sahabat kami ini baru sahaja ditimpa musibah.  Flat yang mereka diami sebahagian darinya renting dijilat api dek kelalaian ahli rumah flat yang dibawah mereka; hanya beberapa hari sebelum kami sampai. Astargfirullah dan Alhamdulillah..




Penat berjaulah, mutabaah amal tidak dilupakan.

Kami berehat sebentar di bilik sementara menanti sahabat kami menunaikan fardhu isya di masjid. Kemudian, kami keluar untuk mendapatkan makan malam.




fluch - menyediakan perkhidmatan makanan barat secara buffet. You'll be surprise by the price they offer to you.



Nampak sedap!! Yum2x!

Dinner bersama sahabat dari Nice. Pakcik di belakang tumpang gembira ;)

Keesokkan harinya, kami bertolak ke Monaco. Monaco adalah sebuah negara yang kecil. Sangat kecil. Walaupun hanya sebuah negara yang kecil, bagi ana Monaco adalah sebuah negara yang kaya. Cuma.. peratusan besar dari hasil pendapatan ekonomi negara ini adalah berasakan dari perjudian -_-“.


Pandangan perspektif kota Nice

Day pass - berharga 4 Euro.

Menunggu trem untuk sampai.

Bersih. Tambah mengagumkan trem lalu diatas rumput yang terjaga rapi.

“ Dan Dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabarannya (berupa) syurga dan (pakaian) sutera.

Di sana, mereka duduk bersandar di atas beranda, di sana mereka tidak melihat (merasakan teriknya) matahari dan tidak pula dingin yang berlebihan.

Dan naugan (pepohnan)nya dekat di atas mereka dan dimudahkan semudah-mudahnya untuk memerik(buah)nya.

Dan kepada mereka diedarkan bejana-bejana dari perak dan piala-piala yang bening laksana kristal,

kristal yang jernih dibuat dari perak, mereka tentukan ukurannya yang sesuai (dengan kehendak mereka)

Dan di sana mereka diberi segelas minuman yang bercampur halia.

(Yang didatangkan dari) sebuah mata air (di syurga) yang dinamakan Salsabil

Dan mereka dikelilingi oleh para pemuda-pemuda yang tetap tetap mudanya. Apabila kamu melihatnya, akan kamu kira mereka, mutiara yang bertaburan.

Dan apabila engkau melihat (keadaan) di sana (syurga), nescaya engkau akan melihat berbagai macam kenikmatan dan kerajaan yang besar.

Mereka berpakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal dan memakai gelang yang dibuat dair perak, dan Tuhan memberikan kepada mereka minuman yang bersih (dan suci).

Inilah balasan untukmu, dan segala usahamu diterima dan diakui (Allah). ”

[Surah Al-Insan : 12 - 22]

Sepanjang perjalanan kami mengelilingi Monaco, yang terbayang dalam minda ana hanyalah Surah Al-Insan. Ya! Yang itulah! Terbayang kenikmatan dan ganjaran syurga oleh Allah kepada hamba-hambanya yang memenuhi syarat yang ditetapkan. Nak tahu?? Fahami tafsir surah Al-Insan. ^_^



X pasti ini pokok apa. Seperti pokok oren/limau yang dijadikan perhiasan di kebanyakkan jalan di Monaco
Tangga yang menggerunkan. Dah naik tak mahu turun

Disebabkan kedudukan geografi Monaco yang berada ditepi tebing dan berbukit, banyak tangga disediakan

Bunga-bungaan di sebuah taman di Monaco



Lagi, bunga-bungaan di Monaco. Cantik.

Bandar Monaco, lengang pada hari Ahad

Melihat keindahan seni bina di Monaco



Sebuah taman di Monaco

Merah jambu dan putih - satu kombinasi menawan

Batu persinggahan merpati - mengadu nasib yang sama

Berehat sebentar di hadapan fountain yang dikelilingi bunga tulip merah


Monte Carlo - dihadapan kasino terbesar di Monaco

Kini giliran bunga kuning menjadi tumpuan

Ana rasa, inilah ipod nano yang termahal di dunia ini - bertatahkan berlian

Inilah Monaco - cantik dan indah

Saidi bergambar di hadapan kasino terbesar di Monaco. Kereta-kereta yang dibelakang itu bukan kami yang punya

Gambaran jalanan di Monaco. Mewah

Lihatlah sendiri, bertapa cantiknya Monaco

Kapal yang berlabuh di pelabuhan Monaco

Ayah dan anak di pelabuhan Monaco

Air yang tenang dan biru.. speechless.


Berehat sebentar menanti hujan reda


Pelita di hadapan istana Monaco - penunjuk jalan di kala kegelapan. Sangat ironi

Inilah peta Monaco. Ya! Hanya sebesar itu. 

Bunga-bungaan di tepian curam sekitar Monaco

Melihat permandangan Monaco dari atas

Monaco - permandangan yang menyenangkan

Villa mewah bersama tumbuhan kering - hakikat kehidupan dunia tanpa keimanan

Melihat ke laut - Subhanallah!!!
Pelabuhan Monaco - Starting point Grand Prix Monaco



Monaco adalah syurga. Syurga dunia yang menipu serta melalaikan manusia. Syurga yang memperhambakan manusia kepada harta.

Jujur, permandangan di sini sangat cantik dan indah. Tidak pernah ana membayangkan keadaan seperti ini wujud di dunia. Inilah tempat yang tercantik yang ana pernah lihat di dunia selama ana hidup.Permandangan seperti ini pada ana, hanya wujud di alam fantasi minda dan imiginasi diri.

Lalu, hujan turun dengan lebatnya. Seperti mengingatkan ana agar tidak tertipu dengan permainan mata. Ya. Benar. Ia sangat indah. Ganjaran yang sebenar menanti di sana. Hanya untuk mereka yang layak. Lantas hati ana disapa gerimis, mengenangkan adakah ana layak untuk mendapatkan semua ganjaran yang disebutkan Tuhan Yang Maha Agung – Allah swt. Sungguh berat tamparan yang diberikan kepada jiwa ana melalui surah ini; surah Al-Insan (manusia – asalnya dari perkataan nasia yang bermaksud lupa).




Ayam golek. Menjadi alas perut kami bertiga semasa kami di Nice

Petangnya kami pulang ke hotel, berehat menenagkan diri. Malam itu, kami bercerita sesama kami, melepas rindu buat sahabat kami di Nice. Alhamdulillah.. Sangat banyak tamparan dan peringatan yang ana dapat sepanjang keberadaan ana di Nice.




Barang-barang yang sentiasa ada bersama sewaktu keluar dari rumah

Pada keesokkan harinya, kami bertolak ke destinasi seterusnya – Nevers.

Alhamdulillah.. berpeluang menaiki TGV yang sangat diagung-agungkan kerana kelajuannya. Sangat laju. Bayangkan anda menaiki sebuah train Virgin di UK (panjang train Virgin UK adalah sekali ganda KTM biasa di Malaysia), panjang TGV ini adalah sekali ganda train Virgin. Lebih mengagumkan, train TGV ini adalah  train 2 tingkat. Anda dapat bayangkan bagaimana rupanya? Ok. Untuk train sebesar dan sepanjang ini, pada kelajuan maksimum(kot? Ana x pasti kalau itu bukan kelajuan maksimumnya) apabila berselisih dengan train dari arah hadapan, masa perselisihan kedua-dua train ini tidak lebih dari 3-5 saat O_O. Laju bukan?




Persisiran pantai yang bersih dan indah, Nice.

p/s: Jzkk dan sekalung penghargaan buat Haziq, Ali dan Illyas(sahabat kami di Nice, France) atas jasa antum sewaktu kami di sana. Dengan keadaan antum pada waktu itu, ana sangat terharu dengan apa yang antum lakukan. Moga Allah membalas jasa antum dengan kebaikan yang bertambah-tambah.

Mungkin antum tidak mengetahui, pada waktu itu kami tidak punya banyak wang dalam tangan. ;) Namun, keputusan yang antum ambil tanpa ragu-ragu.. menyebabkan ana kagum dengan peribadi antum. Andai antum singgah ke mari, tiba masanya untuk ana membalas jasa antum pula. Barakallahu fiik~

:: lifeisanAcademy ::

1 feedback(s):

Anonymous said...

opal dah pernah sampai turkey tak?

ratina

Search lifeisanAcademy

Loading...

Walau Ayaat!!


Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah saw bersabda :

" Antara (tanda) kebaikan keislaman seseorang adalah ia meninggalkan perkara yang tidak berguna baginya "

[ Riwayat Tirmizi dan lainnya : Hadith Hasan ]

Promo

Messege(s)

Friend(s)

Bro(s) + Sis(s)

Thinker(s)

Archives

Followers

Visitors till now..

Hope all of U get the 'Ibrah