Nevers – Menggamit Memori

|


Salaam Alayk~



Jaulah Europe : Nevers – Menggamit Memori


Fuuh! Penat sangat. Seharian kami berada di dalam gerabak kereta api. Nice – Paris – Nevers. Ana memang ternanti-nnati untuk tiba di Nevers. Maklumlah.. Sudah lama tidak berjumpa dengan seseorang yang banyak berjasa padaku – personally.

Kami berjanji untuk bertemu pada malam itu, ana dari Nice dan dia dari Paris. Entah kenapa ana x mahu bertemu di Paris. Hanya Allah yang tahu – kerana taqdirnya adalah yang terbaik – Itu yang ana imani. Kalam ilahi, kami tak dapat bertemu pada malam tersebut. Dia terlepas train terakhir untuk ke Nevers dan kami sudah tidak mampu untuk ke Paris semula.

“Tidak mengapa. Kita bertemu esok.” Itu katanya.

Ana juga berasa itu yang terbaik.

Malam itu, kami hanya bertiga. Stesyen kereta api sudah kosong. Maklumlah, Bandar Nevers juga seperti Coventry, bagi mereka yang sudah biasa tinggal di bandar negara-negara eropah, dikategorikan sebagai kampung. Waktu itu, baru pukul 9 malam. Jalan sudah lengang. Hanya satu dua kereta yang berada di atas jalan.

Stesyen Kereta Api Nevers, bersahaja. 



Perut sudah berbunyi. Seperti memberontak kerana hanya diisi makanan ringan yang sempat kami berli sebelum menaiki TGV. Ana tidak menegerti, adakah mereka benar-benar tidak mampu bertutur dalam bahasa inggeris atau sengaja tidak mahu bertutur. Hampir 30 minit mencari arah, kami menyerah. Malam sudah semakin pekat dan kami masih tiada tempat tinggal.

Akhirnya kami tekad. Hanya ada satu kedai mempamerkan tanda halal. Sebuah warung kebab kecil di dalam sebuah bar. Ana sebolehnya tidak mahu makan di situ. Tidak selesa untuk berada di dalam bar. Memikirkan keadaan pada waktu itu, hanya tempat seperti ini sahaja yang masih beroperasi. Ana akur.

Saat kami memesan makanan, kami ibarat rusa masuk ke kampung. Tidak dapat memahami apa yang ingin disampaikan si penjaja. Entah bagaimana kami berjaya memesan 2 set kebab daging di dalam roti pita bersama kentang goreng. Selesai menjamah makanan yang dibeli, kami membayar harga seperti yang tertera dan beredar.

“Di mana kita nak menginap malam ni?”

Setiap dari kami seakan memahami walau tanpa disuruh bicara. Masing-masing risau akan perihal keselamatan. Ternampak beberapa hotel murah di sana sini. Harganya mahal benar. Duit yang di kocek hanya tinggal sedikit, tidak sampai 100 euro. Ah! Hal yang sungguh rumit.

Puas berbincang, kami bersetuju untuk menginap di sebuah hotel yang terletak di atas sebuah bar yang lain. Melangkah masuk ke dalam bar, kami disambut oleh seekor anjing besar. ^^ Tipikal muslim dari Malaysia, tidak biasa dengan anjing. Lebih-lebih lagi anjing yang sebesar itu. Pergerakan kami sedikit kaku namun diteruskan juga.

“Hello.. is there any room left?” tuturku dalam bahasa inggeris. Berterabur.

Semua ini gara-gara anjing tadi, merencatkan sistem berfikirku seketika.

Wanita itu tidak faham.

Ana mengulangi soalan yang sama. Ditambah dengan sedikit penerangan bahawa kami bertiga adalah travellers yang datang melawat dan mahu menginap di hotel ini.

Wanita itu menggelengkan kepalanya.

Astargfirullah. Hotel ini harapan terakhir kami. Hanya hotel ini yang kami mampu membayar kos sewanya.

Tiba-tiba, seorang gadis menoleh ke arah kami. Dia menawarkan pertolongan.

Alhamdulillah.. Gadis tersebut menerangkan perihal kami kepada wanita tadi tentang perihal kami. Rupa-rupanya, wanita tersebut tidak faham akan bahasa inggeris. Gelengannya tanda tidak mengerti, bukan sudah tiada bilik. Ana cuba untuk tawar-menawar, manalah tahu dapat harga yang lebih murah. Akan tetapi, Ashraaf menahan ana. Ya! Ini bukan masa yang sesuai untuk tawar-menawar.

Duit kami yang tinggal selepas kami membayar sewa Hotel



Malam itu, kami menetap di bilik untuk 3 orang. Selesai menunaikan solat dan membersihkan diri, kami merehatkan diri. Malam itu, ana tidak tidur dengan lena. Asyik terfikir akan keadaan kewangan kami yang kian meruncing. Ah! Perjalanan kami masih berbaki beberapa hari. Adakah cukup dengan jumlah wang yang kami ada?

Esoknya, kami ‘check out’ dari hotel. Disebabkan tiada sarapan disediakan, sekali lagi, kami merayau-rayau di bandar Nevers mencari kedai atau pasaraya untuk membeli makanan. Entah mengapa semalam kami tidak perasan, di bandar Nevers ini ada Carrefour. Dengan wang yang kami terhad, kami berbelanja seadanya.

Itulah pertama kali ana menjamah roti perancis yang baru sahaja siap. Sedap! Sangat sedap! Baguette yang sangat lembut, sedikit rangup di luar dan harum. Harganya juga tidaklah terlalu mahal.

Selesai bersarapan, kami bercadang untuk berjalan-jalan disekitar bandar Nevers. Ana rasa, dalam dunia ini hanya kami bertiga sahaja yang memilih destinasi melancong ke Nevers! Huhu.. Mungkin kerana jaulah kami bukan tujuannya untuk melancong seperti mereka yang lain. Ada perkara yang kami ingin cari dan dapatkan dalam jaulah kami. Kerana itulah kami menjejakkan kaki ke Nevers.

 Nevers - bandar seni dan sejarah. Hurm.. Sejarah apa ya?

Tempat wajib pergi. Hehe.. Tourist information centre. 

 Salah satu tarikan di Nevers, Villa yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri

 Hurm.. Apa maksud perkataan ni eh?

 Berehat di tebing sungai besar Nevers..

 Sambil makan-makan.. Yum-yum ^^

 Panorama yang mengasyikkan

Menanti seseorang.. Hehe.. Di Gare de Nevers


Alhamdulillah.. Tengah hari itu, kami bertemu dengan insan yang dijanjikan. Terus kami dibawa ke rumahnya. Hati ana berbunga-bunga. Mungkin ana boleh kata perasaan ana waktu itu adalah seperti peminat Michael Jackson terserempak dengan penyanyi idaman mereka. Sudah tentu saat MJ masih hidup! Namun, ana bukanlah orang yang terlalu mengambil kisah dengan orang yang sebegini. Cuma perasaan rindu dan kagum itu membuak-buak di dalam dada.

Banyak yang kami berkongsi. Kepenatan sepanjang perjalanan seperti sudah hilang entah ke mana. Dengan gelajat si cilik Umar yang tidak mahu ke sekolah kerana kami datang, Fatimah yang sentiasa cuba mencuri perhatian dan Aisyah yang asyik dengan nasyid yang dimainkan di komputer. Malam itu kami mengambil peluang untuk menziarahi masjid tempatan. Sangat menyeronokkan!

Inilah si cilik Umar.. Berlakon sakit perut eh??

Kereta ini milik Umar. Setiap satunya ada cerita yang unik

Fatimah + Lego


 Aisyah sedang "melayan" tetamu yang datang

Hari kedua kami di Nevers, merupakan hari yang mungkin kali terakhir ana menjejakkan kaki ke Nevers. Iyalah. Tahun hadapan merupakan tahun akhir ana di UK. Tumpuan akan lebih banyak ke bahagian akademik berbanding fokus yang lain. Namun, jaulah kami ke Nevers bukanlah suatu yang sia. Ia adalah jaulah yang menggamit memori. Yang memberi kami banyak pengajaran dan semangat untuk terus melangkah ke hadapan.

Jumpa lagi kampung Nevers!

Jam 7.25 am, kami menaiki kereta api ke bandar manusia bertuhankan fesyen, Paris.



p/s : Jzkk kepada akhi Saifuddin dan keluarga kerana sudi menumpangkan kami di rumah antum. Alhamdulillah.. X sangka dapat bertemu lagi. Moga Allah memberkati keluarga akh!

:: lifeisanAcademy ::

2 feedback(s):

abu zarim said...

france?nevers?,,,,huhu,,,best2,,,moga jauhlah tersebut memberi manfaat,,insyaAllah,,,

lil Biruny said...

@Abu zarim

jzkk. Asif x sempat nak singgah ke tempat akhi.

Ameen~

Search lifeisanAcademy

Loading...

Walau Ayaat!!


Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah saw bersabda :

" Antara (tanda) kebaikan keislaman seseorang adalah ia meninggalkan perkara yang tidak berguna baginya "

[ Riwayat Tirmizi dan lainnya : Hadith Hasan ]

Promo

Messege(s)

Friend(s)

Bro(s) + Sis(s)

Thinker(s)

Archives

Followers

Visitors till now..

Hope all of U get the 'Ibrah