Salaam Alayk~
Huuu.. Dah lama x post something ke blog ini. Maklumlah.. "Busy" nak exam.. Exam lagi beberapa hari sahaja lagi.. tapi, entah mengapa terdetik nak post something..
Bread & Butter Pudding buat ummi
Jika disuruh ana memasak makanan melayu, ana memang x berapa pandai.. Setakat nasi goreng, ayam goreng kunyit, ayam goreng halia, kari,, masak lemak dan beberapa hidangan sayuran.. ana pandailah.. Semuanya ana belajar dari sifu Youtube -_-". Kalau suruh memasak makanan barat pun x reti sangat.. Jadi apa yang ana reti?? Ana sebenarnya x reti memasak. Mungkin sebab tu ana x pernah jadi ajk masak program kot? end of story.
InsyaAllah.. untuk entry kali ini.. ana kongsikan bagaimana cara2 untuk membuat bread & butter pudding. Resepi yang reka sendiri berdasarkan pengamatan dari Youtube.
Bahan-bahan
6-8 keping roti sarapan (dipotong memanjang)
12-15 sudu besar gula
200-250g mentega
2 cawan susu segar
2 biji telur (preferably telur ayam XP)
1-2 sudu besar vanilla essence
2 sudu besar serbuk custard
1 packet kecil chocolate chip
serbuk kayu manis (cinnamon tu kayu manis kan??)
Green Apple & Custard for dressing and extra sauce
Cara penyediaan
Pukul mentega dan gula sehingga sebati. Masukkan telur dan pukul sehingga sebati. Kemudian masukkan vanilla essence dan serbuk custard. Pukul lagi sehingga sebati. Masukkan susu(ana rasa kalau susu tu suam sedikit lagi ok kot?) dan gaul sehingga rata.
Masukkan potongan roti ke dalam mixing bowl. Gaulkan dengan campuran yang dibuat tadi. Pastikan roti betul2 menyerap campuran tadi dengan baik. (Uneven soaking will ends with uneven flavour). Masukkan chocolate chips ke dalam campuran dan gaulkan.
Sapukan baking mold dengan sedikit mentega. Kemudian curahkan gabunagn roti dan campuran tadi ke dalam baking mold. Pastikan bahan-bahan disebarkan rata. Taburkan cinnamon powder + sugar di bahagian atas bahan untuk caramelise bahagian atas pudding.
Panaskan oven selama 10 minit sebelum proses pembakaran pada suhu 180-190'C. Bakar pudding roti selama 40-50 minit. Taaddaaaa!!! Dah siap!!!
Untuk hiasan, hiris halus green apple(red apple x pasti pula.. tapi green apple masam2 sedikit which give the slight sourness taste) dan sediakan custard sauce(will make the taste milder.. biiznillah). Hiaskan seperti gambar di bawah. Yum2x..
Bread & Butter pudding buat ummi
Of course ada trick & twist dalam resepi ini which is.. Rahsia. Huhu.. Secret recipe la katakan.. Kalau di kedai secret recipe tu, perlu bayar untuk dapatkan resepi.. Mine.. Entah~
Sangat sedap jika dibuat untuk ummi sendiri.. dan sedap jika dimakan bersama. Ana gunakan bahan-bahan tersebut untuk 9-10 orang tetamu. So, share lah bersama kawan2. ^_^
Selamat mencuba..
p/s : Kalau orang perasan, ana secara indirectly menyatakan bahawa ana x reti masak. Thus, try this recipe at your own risk. XP Orang yang dah rasa ana buat semua kata sedap. X tahulah sedap betul ke x? tapi ana rasa memang sedap.
And.. Ana x ada mixer di rumah.. Thus, ana blend kesemuanya dalam blender. -_-"
:: lifeisanAcademy ::


4 feedback(s):
salam..nampak sedap..teringin nk cuba nnt..thanks 4 sharing da recipe..=)
Blender?! SubhanAllah. First time dengar nih. :P Jazakallah for sharing. I think we all, by default, memang tak reti masak. Tapi hasil usaha & not-giving-up, lama2 insyaAllah semua yg duduk overseas ni akan pandai masak. :D
nice try.... XD
@Apa2 Aje
Selamat mencuba :)
@Aneesah
Haah.. Well.. Tu lah. Memanfaatkan barang yang sedia ada ;)
@Syaukah Wardah
jzkk.
Post a Comment