Geneva : Bumi nyaman + indah

|

Salaam Alayk~

Jaulah Europe : Geneva - Bumi nyaman + indah

Geneva.. Sebuah tempat yang ternyata indah dan aman. Terletak di Barat Daya Switzerland dan merupakan Bandar yang kedua terbesar di Negara tersebut selepas Zurich. Well.. There’s nothing much in Geneva tapi cukup untuk meninggalkan memori indah dalam benak Sang Pengembara.

Tiba sahaja di Geneve International Airport, jam sudah menunjukkan angka 9. Kedai-kedai di dalam kawasan airport juga sudahpun tutup. Yang tinggal berfungsi hanyalah stesyen kereta api. Huh!! Nampak gayanya, kami akan kembali ke perancangan asal kami – Backpacking!! Alhamdulillah.. Keadaan di persekitaran airport ini juga kelihatan selamat dan agak selesa, lebih meyakinkan apabila bukan hanya kami yang mempunyai perancangan sedemikian.



Alhamdulillah.. Walaupun tampak tidak selesa namun cukup buat kami Sang Pengembara..

Selesai membersihkan diri, lengkap muttabaah amal untuk hari tersebut.. Kami semua mula melelapkan mata. Tiba-tiba.. Kedengaran bunyi yang sangat kuat!!

“Vrroooooommmmm!!!!”

Lantas ana terjaga.. Rupanya bunyi Zamboni yang digunakan untuk membersihkan lantai.

“Astargfirullah.. sudah jam 4 pagi”

Persekitaran airport sudah cerah dan kelihatan ramai staff airport sudahpun memulakan kerjanya. Ada yang sedang membersihkan lantai, ada yang sedang mengelap cermin dan sebagainya. Sedikit kekaguman mula terdetik di hati akan kesungguhan mereka-mereka yang hidupnya tidak mempunyai matlamat yang jelas, mengembeleng sepenuh kudrat di jiwa dalam meneruskan kehidupan di dunia yang sementara ini.

Nampaknya kami terpaksa berkemas kerana dikhuatiri mengganggu perjalanan kerja seharian para pekerja di airport. Lantas, kami segera membersihkan diri dan menunaikan solat Subuh secara berjemaah. Selesai menunaikan, kami mencari kedai untuk bersarapan. Hurm.. Rasanya, terlalu awal untuk kami bersarapan kerana jam baru sahaja menunjukkan jam Sementara menanti kedai dibuka, kami duduk dan membaca Al-Ma’thurat bersama. Well, actually.. lepas habis membaca Al-Ma’thurat dan melayari internet secara percuma(1 hour free internet di airport Geneva).. kami sambung tidur juga akhirnya walaupun dalam keadaan tersengguk-sengguk kerana tidur sambil duduk.

Akhirnya, kedai mula dibuka. Hehe.. Saat yang ditunggu-tunggu telah tiba. Masa untuk bersarapan!! Kali ini akan berjalan jauh. Perlukan tenaga yang mencukupi.

Well.. Quite expensive actually. Secawan coklat panas + 2 croissant fresh yang cukup membuatkan kami berselera. Hehe.. Baguette di belakang itu adalah bekal makan tengah hari ana. 

Alhamdulillah.. Habis menikmati sarapan dan membeli sedikit bekalan, kami bertolak ke bandar Geneva menaiki train. Kali ini, kami membeli tiket ala-ala day saver – boleh digunakan tanpa had limit dalam masa sehari. Namun, yang istimewanya.. tiket ini sah digunakan untuk pelbagai kenderaan; trains, bas, trem dan brem(Hehe.. ana x tahu apa nama kenderaan yang kami naiki. Kenderaan ini menggunakan tenaga elektrik sebagai sumber utama seperti trem tetapi tidak mempunyai landasan bahkan mempunyai tayar seperti bas. Got the idea kenapa ana panggil brem??).



Otw ke bandar Geneva menaiki train.. Huhu.. Ganas tak?



Inilah train yang kami naiki.. Err.. Waktu ini penmpang lain masih belum naik lagi.. ^_^


Tiba di bandar Geneva, kami tercari-cari ke manakah tempat yang kami ingin tuju. Alhamdulillah.. Berbekalkan peta yang seadanya, kami memulakan perjalanan.



Okeyh!! Kita nak ke mana nih??



Cukup pengalaman di Amsterdam.. Tidak mahu menjadi mangsa yang dilanggar sewaktu melintas jalan.. Cross safely~



Udara pagi yang nyaman.. Bandar Geneva pada jam 8 pagi.

Penunjuk arah yang O_O.. Hihi..



Bunga merah di Square de Mont Blanc. Cantik bukan??



Teruja dengan bekalan air percuma di taman-taman sekitar Geneva. Air tu boleh diminum dan insyaAllah dari sumber yang bersih.




Angsa dua sejoli.. hihi.. Nak tunjuk yang air tasik di Geneva sangat bersih dan cantik!!!



Indah dan mendamaikan.. Permandangan di sekitar tasik. 



Restoran di atas kapal.. Huhu.. Romantik sangat-sangat!!


Permandangan di salah sebuah pelabuhan di bandar Geneva



Jetee des Paquis dari jauh..




Teringat cerita kung-fu.. Possible ke manusia untuk berlari di atas air?? Burung tu sebenarnya berlari!! Menakjubkan!!



Saidi bergambar di tasik



"Sekian melaporkan dari bandar Geneva" kata Ashraaf



Berehat sambil mentadabbur alam. Ok! Batu tu kami yang susun.



"Lihatlah alam yang luas terbentang ini.. Di setiap satu ada Allah disebalik penciptaannya"



Ok.. posing!! Ke tengah mendeklamasikan sajak??



Tertekan sewaktu mendeklamasikan sajak?? Barangkali..



Bergambar di bawah Jet d'Eau.. Air pancur buatan manusia setinggi 130m!!

Sedar tidak sedar, matahari sudahpun berada di kedudukan tertinggi.. Subhanallah.. Panas dan terik walaupun saat itu, musim panas belum lagi bermula. Perut sudah mula berbunyi dan badan sudah mula keletihan.. Terus kami membuka catatan inventori kami untuk merujuk kembali alamat masjid yang terdekat. Mengikut perancangan, kami mahu berehat dahulu di masjid menanti waktu zuhur dan kemudiannya menunaikan tanggungjawab kami kepada ilahi.. Kemudian, barulah kami berjalan semula mencari kedai makan ataupun restoran yang menyediakan makanan yang halal lagi baik. Tapi..

Actually, ini bukan masjid pun.. Tapi pejabat Islam Geneva dan.. ianya TUTUP sewaktu kami datang.

Sedikit kecewa namun dalam hati, kami tidak punya expectation bahawa kami akan sampai ke masjud yang besar. Maklumlah, Switzerland bukanlah Malaysia yang mana kami boleh jumpa masjid yang besar dan seleasa untuk menunaikan solat. Huhu.. Itupun ada yang buat excuse untuk tidak menunaikan solat. Terlupa bawa kain pelikat lah.. terlupa bawa telekung lah.. First of all.. Tiada pun dalam syarat sah solat untuk memakai kain pelikat ataupun telekung. Kedua, tutup aurat itu perlu pada setiap waktu. Bukan pada waktu ingin menunaikan solat sahaja. Pakaian yang kita kenakan pada waktu apa pun seharusnya sesuai untuk menunaikan solat.. Jika tidak, pakaian tersebut ada masalah!! Believe me!!!

Keadaan perut sudah makin mendesak. Untuk ke masjid yang seterusnya, kami harus menempuhi jarak yang agak jauh dan memakan masa. Apatah lagi, kami sangat kurang arif dengan keadaan di Geneva ini sendiri. Bagaimana mahu menaiki bas. Apa yang perlu kami cakapkan untuk menuju ke destinasi yang kami iniginkan. Rakyat Switzerland kurang berbahasa Inggeris.. Majoriti dari mereka bertutur dalam bahasa German. Berlainan dengan di Geneva, factor geografi menyebabkan ramai penduduk Geneva bertutur dalam french kerana bandar Geneva lebih hampir dengan France berbanding German. Huh! Sedikit ujian disitu.

Akhirnya, kami sepakat untuk berehat dan makan tengahari terlebih dahulu sebelum mencari tempat yang sesuai untuk menunaikan solat. Kali ini, kami hanya mengalas perut dengan sedikit roti dan air kosong.

Ini pasaraya MIGROS.. Boleh kata "sponsor" kami sepanjang kami di Geneva.. Huhu.. Ala-ala Sainsbury, ASDA, ALDI atau TESCO. Harganya berpatutan kot??

Hampir dua jam kami meneruskan perjalanan sebelum kami menemui tempat yang sedikit terselindung dan bersih untuk menunaikan solat.. Guess what??!! Tempat tersebut adalah disebelah gereja yang agak besar di atas bukit. Teringat kisah Umar saat dia ditawarkan untuk solat di dalam gereja.. Ya Allah.. Ibrahnya sangat besar buat kami apabila Allah menetapkan kami untuk solat disitu.. Emosi dan perasaan yang sedaya upaya mencuba merasai izzah sebagai seorang muslim yang sedang berperjalanan di negeri orang dan majority dari rakyatnya beragama Kristian.



Ini mahkamah geneva.. Huhu..



Persembahan jalanan di Geneva. Mesti berat kan nak bawa "violin" besar tu??



Terlupa nama bangunan ni XP..

Penat menikmati dan mengambil pelajaran dari bandar Geneva, kami tekad untuk mengunjungi juga masjid yang pada awal tadi kami merasakan sedikit jauh. Alhamdulillah.. Usaha kami dipermudahkan apabila kami temui juga tourist information centre. Huhu.. Makcik yang bertugas pada waktu sangat peramah dan baik. Senang sahaja berbual dan bertanya bagaimana kami dapat ke masjid berdasarkan alamat yang kami berikan. Arahannya jelas dan mudah difahami. Ditakdirkan Allah, kami sampai ke masjid yang ingin kami tujui.



Masjid geneva yang besar!!! Woah!!



Luas kan?? Sangat selesa + kondusif untuk menunaikan ibadah.

Seperti biasa, layanan mesra dari para jemaahnya membuatkan kami tidak berasa asing saat kami tumpang berteduh disitu. Sempat juga kami berbual-bual dengan Imam masjid tersebut disamping mengecas kembali tenaga dan spiritual kami dalam menempuh perjalanan yang mendatang.

Nikmat menunaikan solat secara berjemaah sangat luar biasa. Lebih-lebih lagi saat kami memerlukan tenaga dan motivasi dalam meneruskan perjalanan kami yang berbaki 7 hari. Setelah menunaikan solat maghrib dan isya, kami pulang ke airport dan berehat di sana kerana flight kami yang seterusnya adalah seawal jam 6 pagi. 



Dinner malam sebelum bertolak : Roti kosong + Crisp + air Teh MIGROS.. Walaupun muka seperti mahu merungut, tapi sebenarnya sangat bersyukur.. Cuma kepenatan setelah seharian berjalan..



MIGROS di Geneva International Airport.. Dalam kedai ni ada jual nasi goreng!!!



Ini duit Switzerland.. Hihi.. Sebenarnya, untuk ke Switzerland.. x perlu untuk tukar duit ke Swiss francs. Switzerland menerima mata wang Euro di dalam jual beli seharian mereka. Penat sahaja kami convert.. -_-" 


Destinasi seterusnya : Rome – Tamadun yang dimusnahkan. InsyaAllah.. Dalam masa yang terdekat.


p/s : Sebenarnya, banyak tempat lain yang kami sempat pergi dan ambil gambar. Cuma, ana x mahu memenuhkan entry kali ini dengan gambar sahaja.. Moga mendapat ibrah dari perjalanan + perkongsian ana yang tidak seberapa ini.. Owh ya, ana x sempat nak berkkunjung ke Dewan Persidangan UN.. Huhu.. 


Soalan cepu emas buat para pembaca, Geneva sangat terkenal dengan Konvensyennya.. Siapa tahu apa isi Konvensyen Geneva yang berlaku dalam beberapa siri?? 

:: lifeisanAcademy ::

0 feedback(s):

Search lifeisanAcademy

Loading...

Walau Ayaat!!


Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah saw bersabda :

" Antara (tanda) kebaikan keislaman seseorang adalah ia meninggalkan perkara yang tidak berguna baginya "

[ Riwayat Tirmizi dan lainnya : Hadith Hasan ]

Promo

Messege(s)

Friend(s)

Bro(s) + Sis(s)

Thinker(s)

Archives

Followers

Visitors till now..

Hope all of U get the 'Ibrah