Salaam Alayk~
Prolog : Bermula sebuah ceritera
Suasana malam ini tenang. Hanya kedengaran bunyi tiupan angin, mengasyikan ditemani bunyi serangga. Cuaca kelihatan sedikit mendung memberi petanda bahawa hujan akan turun tidak lama lagi. Disebalik kedinginan hening pagi, kelihatan seorang anak muda terjaga dari tidurnya. Dia seakan tidak selesa. Dahinya berkerut, tubuhnya berpeluh, dadanya berombak kencang; seperti orang yang baru berlari tanpa henti pada jarak yang jauh. Bibirnya pantas mengucapkan kalimah syahadah dan istighfar berulang-ulang kali memohon ampunan dan dipelihara imannya.
Fatih memandang jam di sebelah katilnya. Pukul 4.30 pagi. Dia bingkas bangun dan menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya. Dia membasuh mukanya berulang-ulang kali. Mimpi yang dilaluinya tadi seakan-akan benar. Mimpi yang benar-benar membuatnya berfikir apakah pilihan yang paling tepat perlu diambil dalam menetukan masa depannya. Mindanya kurang jelas. Dia cuba mengingat kembali. Dua orang pemuda duduk di atas tanah menghadap satu sama lain. Keadaan sekeliling kosong, hanya warna putih. Fatih tidak dapat mengimbas siapakah gerangannya dua orang tadi.
Selesai membersihkan diri dan mengenakan pakaian yang sesuai, Fatih segera menunaikan solat sunnah tahajud empat rakaat. Diluahkan segala rasa hati yang terpendam kepada yang Maha Mendengar. Perisai kelakiannya dibuka penuh. Air mata mula mengalir di pipinya. Sesi ibadah malamnya diteruskan lagi dengan solat sunah taubat. Moga segala kesalahannya diampunkan dan diberi petunjuk menghadapi hari yang bakal menjelang. Dibacanya sayyidul istighfar berulang-ulang kali sambil memuhasabah perkara-perkara yang pernah dilakukannya. Tidak lama selepas itu, Fatih bangun kembali uttuk menunaikan solat sunnah hajat dan istikharah. Dirinya bingung. Yang mana satu harus dipilihnya. Ya! Pilihan yang menjadi titik tolak kehidupannya.
Azan subuh mula berkumandang. Dengan air mata yang masih basah dipipinya, Fatih bingkas bangun dan bersiap untuk ke surau yang tidak jauh dari rumahnya. Ayahnya sudah terlebih dahulu pergi ke surau. Dia selalunya akan pergi ke surau seorang diri. Laluan ke surau sedikit gelap kerana lampu jalan yang dipasang sudah tidak berfungsi dengan baik lagi. Namun, sedikitpun ia tidak memberi kegusaran kepadanya. Langkahnya mantap dan tersusun disertai dengan keyakinan yang utuh bahawa tiada apa yang mumudaratkan melainkan dengan izin Yang Maha Pencipta.
Tiba di masjid, Fatih berniat i'tikaf dan lantas mendirikan solat qabliyyah subuh sementara menunggu jemaah lain untuk sampai. Dalam kelapangan yanga ada, dia mencapai senaskah Al-Qur'an dan membacanya. Usai solat subuh berjemaah, Fatih tidak terus pulang. Dia duduk di salah satu penjuru masjid untuk menghabiskan bacaan Al-Ma'thurat. Hatinya tidak tenang. Ketibaan sepucuk surat yang ditujukan khas buatnya tiga hari lalu bakal mengubah masa hadapan hidupnya.
"Fath terimalah tawaran tu. Peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara, bukan semua orang layak untuk mendapat tawaran yang begitu beharga" pujuk emaknya.
"Fath tidak perlu takut. Di sana ada ramai lagi orang macam Fath. Fath pelajar yang cemerlang. InsyaAllah, ayah doakan Fath berjaya dunia akhirat," sambung ayahnya.
"Alhamdulillah.. Fath berjaya mendapat tawaran biasiswa. Muallim bangga mempunyai anak didik seperti Fath," kata Muallim Nizaruddin, gurunya sewaktu disekolah dahulu.
Disebalik riak wajah Fatih yang tenang tersembunyi perasaan yang gundah, apakah keputusan terbaik yang perlu dia pilih dalam menetukan masa depannya.
"Ya Allah yang Maha Mengetahui isi hati ini.. Aku memohon kepadaMu. Engkau tetapkan hati ini untuk sentiasa mengingatiMu. Ya Allah yang Maha Mencipta.. Engkau berikanlah kepadaku sesuatu yang membawa aku kepadaMu. Aku hamba yang lemah. Tidak mampu menongkah dunia ini tanpa bantuan dan petunjuk daripadaMu. Engkau berkatilah kehidupanku di dunia dan akhirat" pinta Fatih sepenuh hati sambil menitiskan air mata pengharapan.
Selesai membaca doa Rabitah untuk mengakhiri bacaan Al-Ma'thurat, satu susuk tubuh datang kepadanya.
"Fath, pakcik tengok rak buku kita agak tidak teratur. Boleh Fath tolong pakcik atur semula?" pinta imam surau itu.
Suaranya lembut sekali. Hemahnya tinggi. Para penduduk senang dengan peribadi Hj. Tahir. Beliau merupakan seorang Hafiz lulusan Usul Fiqh dari Universiti Al-Azhar, Cairo. Umurnya sudah mencecah separuh abad. Namun, lansung tidak kelihatan lemah. Susuk badannya tegap dan ingatannya masih jelas.
"Baiklah pakcik. Apa salahnya. Lagipun, saya juga selalu menggunakannya" balas Fatih sambil menoleh ke arahnya.
"Alhamdulillah. Senang pakcik mendengar jawapan Fath. Mari kita mulakan. Nanti risau pula ibu kamu kalau Fath pulang lewat" ajak Hj. Tahir.
---------------------------------------------------------------
Fatih merupakan anak tunggal kepada pasangan Ir. Dr. Johari Selamat dan Puan Khairiyyah Aaliyah Zamzuri. Dia dibesarkan dengan tumpuan dan kasih sayang dari kedua ibubapanya. Dr. Johari merupakan seorang pensyarah Kejuruteraan Biotek di salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia. Gelaran Insinyur dihadapan matanya bukan sebarangan. Beliau pernah meraih pelbagai anugerah di persada antarabangsa. Isterinya pula seorang usahawan. Beliau mempunyai 2 buah kedai buku yang mampu memuatkan 1000 jenis judul yang berlainan.
Disamping kesibukan kedua orang tuanya tidak pernah menyebabkan kebajikan dirinya terabai. Mereka akan menghabiskan masa di waktu hujung minggu untuk keluarga. Seluruh perhatian diberikan kepada anak kesayangan mereka, dengan harapan dia akan menjadi seseorang muslim yang berjasa kepada ummah dan seterusnya kepada Islam.
"Assalamualaikum" ucap Fatih sebelum masuk ke rumah.
"Waalaikumussalam" sahut ibunya.
"Lewat Fath pulang dari surau hari ini. Ada apa-apa ke?" tanya ibunya mahu mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.
"Fath sengaja duduk di surau lama sedikit. Rak-rak buku di surau tu bersepah. Fath tolong Hj. Tahir kemaskan bersama selepas baca Al-Ma'thurat tadi," jawab Fatih jujur.
"Selepas Fath tukar baju, Fath ajak abah turun bersarapan bersama ya. Nanti kelaparan pula abah Fath tu" pinta ibunya.
"Baiklah ummi," jawab Fatih ringkas.
Pagi ini Puan Khairiyyah menyediakan sarapan kegemaran anak kesayangannya. Kueh Teow Goreng Singapura bersama telur mata. Masakannya dibiar sedikit basah kerana Fatih memang gemar masakan yang sedikit basah. Dia turut menyediakan roti wholemeal bersama mentega dan jem buah-buahan. Di bahagian minuman pula, Puan Khairiyyah menyediakan Jus Epal dan air coklat panas. Pinggan dan set kuteleri siap disusun di atas meja empat segi tepat buatan Italy bagi memudahkan perjalanan sarapan pagi itu.
5 minit kemudian, Fatih turun dengan pantas dari tangga.
"Waah. Syukur Alhamdulillah. Ummi ni memang best la. Tahu je bila Fath nak kempunan" gurau Fatih sambil menghidu masakan yang telah dihidangkan.
"Ya lah! Fath kan anak ummi. Tentulah ummi tahu bila anak ummi monyok" sambung ibunya.
"Alaa.. Ummi ni. Tak macho la anak ummi kalau macam ni" kata Fatih.
"Anak abah buat macam mana pun hensem" selit abahnya dengan nada gurauan.
"Jom! Abah dah lapar ni. Fath baca doa ya?" sambung abahnya lagi.
"Baiklah abah" jawab Fatih tanda akur kemudian membaca doa makan.
Selesai membaca doa, mereka pun makan bersama.
"Fath, macam mana?" sapa abahnya sambil mencedok Kueh Teow Goreng Singapura ke dalam pinggan.
"Fath tak tahu lagi abah. Sedih pula bila tahu Fath seorang sahaja yang mendapat tawaran biasiswa. Ikmal mendapat keputusan SPM yang lebih baik dari Fath. Tetapi, masih tiada jawapan dari dia."
"Oh ya! Baru ummi ingat. Waktu Fath masih belum pulang dari surau tadi, Ikmal ada call. Macam ada hal penting ingin disampaikan" beritahu ibunya.
"Ha.. Cepat Fath. Pergi call Ikmal balik. Mungkin berita penting yang ingin disampaikan akan menggembirakan Fath?" beritahu abahnya.
"Baiklah ummi, abah. Fath call Ikmal sekarang. Terima kasih," Fatih berlalu sambil menunjukkan riak senyuman kepada ibu dan abahnya.
Fatih mencapai handphone Sony Ericsson model W580i yang dihadiahi oleh kedua ibubapanya bersempena dengan keputusan 11A1 dan 1A2 yang dicapainya sewaktu peperiksaan SPM. Skrin handphonenya memaparkan 3 missed call. Penting agaknya. Jarinya segera menekan butang untuk menghubungi Ikmal.
"Assalamualaikum.. Boleh bercakap dengan Ikmal"
"Waalaikumussalam.. Ikmal bercakap" jawab suara yang tidak kurang lembut dan sopan tutur katanya.
"Mal, Fath ni. Ummi ana kata anta ada call ana pagi tadi. Maaf eh? Ana balik lambat sedikt dari surau pagi tadi."
"Owh.. ya. Ana ada call anta pagi tadi. Tapi x berjawab. Ana call pula rumah anta. Ummi anta beritahu yang anta x balik dari surau lagi."
"Asif jiddan ya akhi. Ana membantu Hj. Tahir menyusun semula buku-buku di surau tadi selepas membaca Al-Ma'thurat. Ya lah. Ana juga yang selalu guna buku-buku di situ."
Ikmal Hafizi merupakan sahabat karib kepada Fatih. Masakan tidak, sejak di bangku sekolah rendah mereka belajar bersama. Kelas yang sama, menjadi pengawas sekolah bersama dan akhirnya kedua-dua mereka ini merupakan sebahagian daripada pelajar-pelajar cemerlang di sekolah mereka.
"Berita apa yang anta nak sampaikan ni? Macam penting sangat rupanya. Sampai 3 missed call"
"Hehe.. Pagi tadi lepas subuh, ayah ana memberikan ana sepucuk surat. Alhamdulillah. Ana diberi tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke United Kingdom dengan biasiswa penuh dari Petronas"
Kegembiraan jelas tertunjuk melalui nada suaranya. Mungkin Ikmal juga senang dengan berita itu. Ya. Tawaran melanjutkan pelajaran ke United Kingdom oleh Petronas. Memang jarang sekali diterima oleh pelajar dari sekolah biasa seperti mereka.
"Alhamdulillah.. Risau ana. Bila ana dapat tahu JPA tidak menerima permohonan anta, ana rasa macam nak tolak terus tawaran dari KPM."
"Rupanya itu yang menyebabkan anta x berapa selesa kebelakangan ini. Jadi, anta akan terima tawaran dari KPM?"
"Ana masih perlukan masa untuk berfikir Mal. Nanti ana khabarkan pada anta. Ok la Mal. Ana nak sarapan ni. Lapar la."
"Ok ok.. Maaf mengganggu anta. Sila-sila.. Nanti sejuk pula sarapan anta tu."
"Hehe.. baiklah. Jumpa lagi InsyaAllah.. Assalamulaikum"
"Kirim salam pada ummi dan abah anta. Waalaikumussalam"
Fatih bergerak pantas ke meja makan. Wajahnya sedikit gembira bagi pihak kawan karibnya.
"Ummi, abah, Ikmal kirim salam tadi"
"Waalaikumussalam..," jawab Dr. Johari dan Puan Khairiyyah serentak.
"Ha! apa berita penting yang Ikmal sampaikan? Tersorong-sorong pipi ana ummi seorang ni" tanya Puan Khairiyyah.
"Ummi ni tahu tahu aje la.."
"Ha! Apa dia beritanya" tanya Dr. Johari seperti tidak sabar dengan berita yang menceriakan anaknya kembali.
"Ikmal beritahu tadi. Dia dapat tawaran macam Fath juga. Cuma dia lebih special. Biasiswa penuh dari Petronas"
"Alhamdulillah. Jadi, Fath macam mana?" tanya ibunya
"Fath rasa.. Fath perlukan masa untuk berfiir lagi"
"Tak mengapa. Fath fikir semasak-masaknya. Apa yang Fath pilih, itulah yang abah sarankan." kata Dr. Johari menyatakan sokongannya.
"Ummi pun sokong apa yang Fath pilih.. Sudahlah.. Mari makan. Nanti sejuk pula makanan ni"
Suasana pagi itu dipenuhi dengan suara ceria keluarga Dr. Johari. Hampir setiap hujung minggu mereka akan bersarapan bersama. Menunya bertukar-tukar. Dr Johari menggemari masakan pedas. Dia merupakan anak jati Negeri Sembilan manakala Puan Khairiyyah pula lebih ke arah masakan Cina. Kadang kala Pn Khairiyyah menyediakan sarapan ala barat dan disajikan semasa masih panas. Semasa inilah mereka sekeluarga akan berborak dan berbincang mengenai apa sahaja topik perbualan disamping menambah ilmu pengetahuan am mereka.
Selepas bersarapan bersama, keluarga Dr Johari akan bersama-sama mengemas rumah mereka. Keluarga Dr. Johari tidak menggaji pembantu rumah kerana menjadi tugas Puan Khairiyyah untuk memantau kekemasan kawasan kediaman mereka. Cuma pada hujung minggu mereka akan melakukannya bersama sebagai sebuah aktiviti kekeluargaan dalam menggunakan masa yang sebentar dengan berkesan.
---------------------------------------------------------------
Fatih duduk di atas buaian di hadapannya. Suasana petang hari ini memang nyaman. Langit cerah tidak berawan. Fatih yang dari tadi memikirkan beberapa perkara penting dalam hidupnya tidak sedar akan kehadiran Puan Khairiyyah.
"Assalamualaikum.. boleh ummi duduk di sini" sapa Puan Kahiriyyah dengan senyuman yang manis, sedikit sebanyak mengurangkan keresahan anak kesayangannya.
"Waalaikumussalam.. ummi. Duduklah.." jawab fatih.
Fatih membetulkan kedudukannya di atas kerusi buaian kayu untuk mempersilakan ibunya untuk duduk. Pohon rendang yang tumbuh dihadapan rumah merupakan satu rahmah kepada keluarga Dr. Johari. Di bawah pohon itu, Dr. Johari membina sebuah pondok kecil sebagai tempat berehat. Di sebelahnya pula Dr. Johari memasang sebuah buaian. Buaian itu buaian lama. Hanya dibuat menggunakan selapis papan kayu sebagai tempat duduk dan digantung kepada pokok menggunakan tali yang diperbuat dari sabut kelapa. Namun, disinilah tempatnya Fatih akan meluangkan masa jika dirinya dilanda masalah.
"Ummi tengok lama anak ummi termenung. Sampai ummi datang Fath tak perasan pun."
"Fath sedang berfikir ummi. Fath bingung. Yang mana satu harus Fath pilih." kata Fatih sambil memandang ke arah kawasan taman yang cantik dihiasi tumbuhan hijau dan bunga.
"Fath takut, ummi.. Fath takut jika Fath membuat pilihan yang salah. Pagi tadi Fath bermimpi. Dalam mimpi Fath, ada dua orang. Tapi Fath tak jelas siapa 2 orang tadi. Mereka saling berpandangan dan berkata tentang sesuatu perkara."
"Hurm.. boleh ummi tahu apa yang dibincangkan dua orang pemuda tu?"
"Fath kurang pasti, ummi"
"Kalau Fath kurang pasti, kenapa Fath perlu takut? Fath ingat lagi apa yang Allah pesan dalam surah Ar-Ra'du?"
"Ingat ummi."
Fatih pun membacakan potongan ayat surah tersebut.
"Bagi manusia ada malaikat-malaikat penjaganya yang silih berganti, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah mengkehendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak akan ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain dia"
[Surah Ar-Ra'du : 11]
"Bagus anak ummi. Jadi, kenapa Fath masih ragu-ragu?"
"Betul kata ummi. Kenapa Fath masih ragu-ragu? Astaghfirullahal 'Azim.. Fath terlupa bahawa manusia itu perlu berusaha sebaik mungkin dalam menentukan pengakhiran mereka. Fath perlu yakin dengan pilihan Fath."
"Alhamdulillah.. lega bila ummi dengar anak ummi cakap begitu."
Puan Khairiyyah melihat anaknya dengan senyuman puas. Kebimbangannya tiada lagi. Anak kesayangannya seperti sudah nekad dengan keputusan yang ingin dipilih.
"Jom, kita masuk ke dalam. Dah nak maghrib ni. Nanti tak sempat pula Fath nak bersiap ke surau untuk solat berjemaah."
"Eh! Tak perasan pula Fath. Jom. Ummi masak sedap-sedap lagi malam ni boleh? Macam tak puas makan pagi tadi."
"Hurm.. InsyaAllah. Ummi dah masakkan Nasi bersama lauk Ayam masak kurma. Fath suka kan?"
"Suka! Hurm.. Fath dah boleh bayangkan kesedapan masakan ummi.. hehe."
"Manja betullah anak ummi sorang ni. Nah. Cepat pergi bersiap."
"Baiklah ummi. Fath pergi dulu."
Fatih bergerak pantas masuk ke dalam rumah. Hatinya girang. Tiada lagi kesangsian akan pilihan yang bakal dibuat olehnya. Dia mengucapkan syukur atas hidayah yang diberikan oleh Allah kepadanya. Malam itu, handphone Ikmal berbunyi menandakan ada messege yang baru dihantar.
"Salaam alayk~ Mal, insyaAllah ana juga akan terima tawaran untuk menyambung pelajaran ke luar negara. Kita jumpa di UK ya??"
Ikmal hanya mampu tersenyum apabila membaca messege tersebut..
"InsyaAllah Fath.. Jumpa di sana.."
p/s : trial pertama ana dalam menulis sebuah cerita. Mohon pandangan dari anda. Moga bermanfaaat. Terima Kasih kepada sahabat ana Maryam bt Sairi atas idea disebalik nama Ikmal Hafizi. Ada sesiapa nak cadangkan nama lelaki lagi? Mungkin ana timbang2kan untuk watak lelaki yang seterusnya.
Bahagian prolog ini juga telah ana editkan untuk menambah elemen-elemen penceritaan baru. Moga bermanfaat.
Apa yang ana merepek ni??
Bahagian prolog ini juga telah ana editkan untuk menambah elemen-elemen penceritaan baru. Moga bermanfaat.
Apa yang ana merepek ni??
:: lifeisanAcademy ::



11 feedback(s):
nama naufal jailani macam best.haha
haha.. memang best.. tapi nnt macam tulis cerita diri sendiri pulak.. like perasan bagus..
naufal..
xsgka anta akn guna nm 2..(^_^)
nm yg ttbe trlintas kat fkrn ana ms 2..
truskan usaha ya..
chaiyok2!
bagus ceritanya..
bagaimana dgn nama miqdad al-razi?
seorg panglima dan seorg ilmuan..
harap bermanfaat.=)
salam..
maaf, ana komen dulu sebelum baca hingga hujungnya. pandpt ana seeloknya enta kurangkan pggunaan singktan dlm cerpen. itupun jika anta serius. flownya dah ada dn mgkin sedikit penambhn pd jln ceritanya. Terus berusaha ya...
Owh.. miqdad Ar-Razi.. macam menarik..
singkatan?? Means?? UK?
Bismillah... (ikhlaskan niat menulis)
Assalamualaikum wbt,
Alf mubarak buat penulis. Tulisan hati yang bukan rekaan tapi realiti (mungkin? ^_^). Bahasa Melayu yang bagus dan gambaran kehidupan yang soleh.
Sedikit komen.
1. 'Emrullah' adalah nama yang dipopularkan oleh Faisal Tehrani dalam novel Kombat [1511 H].
2. Jalan cerita baik, cuma cara penceritaan meleret-leret. Penggunaan kata terlalu banyak bagi menggambarkan sesuatu.
Habis komen.
Saya cadangkan nama:
a) Fatih (versi soleh)
b) Kurniawan (versi Indonesia)
c) Danial Rijal Syuhada(versi moden)
(Saya terkesan dengan teman-teman Indonesia? hihi)
Lima bintang untuk anda. Salut!
Tertanya-tanya juga, adakah sikuel ceritera ini akan melibatkan watak seorang mahasisiwi yang rupawan?
Biasanya cerpen-cerpen orang muda tidak terlepas dari elemen ini, hatta bingkisan mahasiswa Mesir pun.
Saya mengharap buah fikiran songsang daripada penulis. Moga Allah mengurniakan idea bernas yang tulus bersih sebagai penguat. Isilah dada belia kita dengan cinta hakiki dan matang.
(ada sikuel ke?)
noktah.
huhu.. ya.. memang sengaja guna nama Emrullah.. Kebetulan ada buku Kombat 1511 di atas meja ketika itu. Atas sebab itu cadangan nama watak lelaki di pinta..
Ceritera ini akan ada sikuelnya.. Cuma, buat masa ini, sedang menyiapkan bab yang seterusnya. Tentang mahasiswi rupawan tu, masih dalam pertimbangan.. Momenta lebih kepada tema persahabatan dalam mengharungi alam universiti(lebih kepada pusat persediaan sebenarnya) dari kaca mata penulis.
Persoalan mengenai cinta alam remaja pada asalnya ingin diselitkan. Seperti yang dikatakan, masih dalam pertimbangan kerena novel yang ingin ditulis adalah yang berunsur mendidik jiwa. Yang memberi dan menginspirasi buat para "rijal" dan "fata" dalam kepentingan mempunyai fikrah yang jelas akan kehidupan.
Nama Danial Rijal Syuhada macam best.. Orang panggil dia Dany/ Rijal or etc.. Difikirkan nanti eh?..
Syukran ya atas cernaan idea?
hehe.. ana dah tukar nama Emrullah kepada Fatih or Fath.. best2!!
hmm...buat novel sulung,ana rse dh bgus sgt ni...mabruk ya akhi...ana pun nk komen mcm shbt anta jgk...agk meleret2 utk 'describe'kan smthing...nme yg ana nk cdgkan:
1)Amsyar Karami
2)Ahmad Fairuz Fawwaz
Post a Comment