Selamat Hari Lahir

|


Salaam Alayk~


Tangan ana terluka. Bahagian ibu jari. Agak dalam. Seperti terkupas kulit dan boleh nampak daging merah di dalam. Sakit sedikit.

Ana dapat luka tersebut semasa menyediakan makan malam bersempena ulang tahun kelahiran sahabat ana di Warwick. Dia sangat baik dengan ana. Tapi ana ni.. x berapa pandai nak luah perasaan.

Tahun ini, tahun ke 3 ana belajar di universiti yang sama dengan dia. Tahun pertama, ana x sambut birthday dia pun. Sebab ana x tahu. Lagipun, waktu tu masih awal dan masih tak kenal sangat dengan dia. Tahun kedua pun sama. Tapi.. sebab ana ni busy sangat sampai ana terlupa tarikh birthday dia.

Alhamdulillah.. Tahun ini, ana ingat.. Cuma pada waktu itu sangat busy dan sengaja tak nak wish pada hari ulang tahun dia. Hehe.. Namun, Allah masih beri ana kesempatan untuk ana menghargai sahabat ana.

Ana masak fish and chip pada malam itu. Resepi ummi ana (denagn tambahan dan ulang kaji dari youtube). Fresh. Ikannya diperam dan digoreng sendiri. Begitu juga dengan kentangnya. Ana rebus dan kemudian ana goreng agar teksturnya lebig lembut dan sedap dimakan. Cuma, sewaktu ana ingin menyediakan coleslaw, ana tercederakan tangan ana.. Banyak darah keluar. Terus ana lap menggunakan tisu.

Tiba-tiba sahabat ana datang dan memberikan plaster. Huhu.. tahu-tahu je ana x ada first aid kit dalam bilik. Alhamdulillah.. Tangan kanan ana susah sedikit nak bekerja. Tapi lebih baik dari darah terus menerus keluar.

Orang yang makan fish and chip kata sedap. Ana sendiri pun kata sedap. Hehe.. Sekurang-kurangnya, lebih sedap dari yang di kedai.

"Friends is like chocolate.. It is the inside that matters"

jzkk duhai sahabat ^_^


p/s : Tadi pergi kuliah pun susah nak tulis. Sebab cedera di ibu jari, tulisan pun ala kadar sahaja. Entah ana boleh baca semula atau tidak tulisan ana. -_-"
:: lifeisanAcademy ::

Merpati kaku, sejuk, tidak diendah.

|


Salaam Alayk~


Hari ini ana ternampak bangkai seekor burung merpati di laluan yang sering ana gunakan untuk menaiki bas. Kaku, sejuk. Tidak diendahkan. Adakah ana juga akan begitu apabila Allah mengambil kembali nyawa yang dipinjamkan?


Syukran ya Allah.. keranan mengingatkan hambaMu yang sering lali ini tentang bertapa dekatnya kematian dengan diri manusia. 


p/s : Ingatkan nak buat sajak.. Tapi super duper busy.. Maybe di lain masa. ;)
:: lifeisanAcademy ::

Promo : iWarwick

|


Salaam alayk~

Belum bersedia untuk menghadapi tahun akademik yang baru?
Tahun pertama di universiti?
Rasa ingin memperbaiki keadaan berbanding tahun akademik yang lalu?
Risau dengan pembahagian masa?
Bagaimana mahu cemerlang dalam akademik pada masa yang sama aktif berpersatuan?
Nak jumpa ramai kawan-kawan?

JOM! Ke iWarwick!!!!



iWarwick ni apa eh?

iWarwick ni adalah program kick-start untuk para pelajar yang akan menyambung pengajian di University of Warwick. Bukan sahaja meningkatkan motivasi diri tetapi terdapat perkongsian-perkongsian yang menarik dari panelis-panelis yang menarik dan berpengalaman.. Er.. yang berpengalaman tu.. betul-betul berpengalaman lah!

Aktiviti-aktiviti menarik?

iWarwick menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik termasuklah program perkongsian ilmu dan aktiviti-aktiviti luar. Sangat menarik!! Boleh jadi, peluang untuk menyihatkan badan juga? Pelbagai hadiah menarik turut disediakan buat para pemenang dan peserta yang bertuah. Turut memperkenalkan Warwick+!!!

Bila + di mana?

InsyaAllah.. iWarwick akan diadakan pada 8 October 2011 bermula jam 8.30am hingga 4.30am. Tempat? Hehe.. Tempatnya adalah di University of Warwick.

Yuran?

Yuran pendaftaran adalah sebanyak £4. Sangat-sangat berbaloi dengan pengalaman dan ilmu yang bakal dipelajari. Buat mereka yang mendaftar sebelum hari Jumaat (0000 7 Oct 2011), potongan harga sebanyak 25% akan diberi. Yuran ini hanya perlu dibayar pada hari pendaftaran.

Tidak dilupakan, sarapan + makan tengahari + snacks disediakan!!

Tunggu apa lagi?? JOM! mendaftar di program iWarwick. Klik di sini untuk pautan ke borang pendaftaran.


Untuk informasi lanjut, tinggalkan pesanan anda di bahagian komentar entry ini.

Jumpa di sana!!!
:: lifeisanAcademy ::

Let's keep it neat + tidy

|

Salaam Alayk~

"Akhi, kalau anta nak cari rumah brothers dan sisters, anta cari rumah yang halamannya rumput paling panjang"

Ok. Kenyataan di atas bagi ana adalah over simplify generalisation. Tapi, pada satu bahagian yang lain ana sendiri agak bersetuju.

Mungkin ramai yang akan kata :

"Student kot! Biasalah.. Hidup bujuang. Baju pun pakai 3,4,5 kali. Bilik bersepah, rumah bersepah.. Rumput di halaman apatah lagi?"
"Busy la bro.. Kalau aku potong rumput pun, bukan dapat first class dalam exam"
"Ni kerja landlord lah.. Diorang tu makan duit sewa buta je. Kita bayar kot. Diorang yang tak jaga yard tu"
"Ish.. X kuasa la I nak potong rumput.. X kelas lah I nanti. Buat kerja tukang kebun"

Dan pelbagai respon lain yang mungkin kita akan terima bila ditanyakan soalan seperti ini. Err.. mungkin brothers and sisters x jawab macam ni lah.. Mungkin akan ramai sahaja yang akan tertunduk menyepi tanpa jawapan - kerana menyedari kekurangan mereka dari segi tersebut dan akan cuba untuk memperbaikinya selepas ini. Munazzamun fi syu'unihi masih perlu dipertingkatkan. Zaaas!! for me too..

Itu belum masuk isu bilik, ruang tamu, dapur, tandas dan sebagainya.

Mengapa perlu bersih? Rasanya x perlu ana terangkan secara panjang lebar. Agaknya mengapa bab taharah sering kali menjadi bab yang pertama dalam kitab2 Fiqh? Bagaimana pula dengan ayat-ayat di bawah?

"Dan pakaianmu sucikanlah, dan perbuatan dosa tinggalkanlah"
[Surah Al-Mudassir : 4-5]

"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaianmu yang baik (khuzu ziinatakum) pada setiap kali memasuki masjid, dan makan serta minumlah namun janganlah engkau berlebihan. Sungguh Allah tidak menyukai mereka yang berlebih-lebihan"
[Surah Al-'Araf : 31]

Juga terdapat hadith yang diriwayatkan oleh Abi Malik Al-Asya'ari bahawa Rasulullah saw bersabda At-tuhuur syatrul iman yang bermaksud kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman. Hadith ini direkodkan oleh Imam Muslim.

Eh2?? Rumah ana bukan macam ni.. Nak tahu kena ziarah ana lah!

Bila berbicara mengenai kebersihan.. Ana masih ingat bagaimana ana ditarbiyyah mengenai kebersihan. Alhamdulillah.. Sewaktu di bangku sekolah, ana pernah diberi amanah untuk menjawat jawatan pengawas. Well.. pengawas di sekolah kami sedikit berbeza. Jika disekolah anda pengawas adalah orang yang paling suka denda orang basuh tandas.. Pengawas di sekolah ana pula adalah mereka yang paling ringan tulang.

Walaupun ana bersekolah swasta, sekolah ana bukanlah sebuah sekolah yang mewah. Alhamdulillah.. cukup sekadarnya pada waktu itu. Sekolah kami hanya ada seorang tukang penjaga sekolah. Dialah yang potong pokok, sapu sampah, buang sampah dan pelbagai kerja-kerja pembersihan.

Walaupun begitu, kami diberi amanah untuk menyayangi sekolah kami. Setiap bulan, setiap pelajar akan ditugaskan untuk membersihkan kawasan perkarangan sekolah mengikut hari dan giliran yang ditetapkan- pengwas pula akan memastikan tugas itu dilaksanakan. Cuma, cara pengawas memastikan tugas membersihkan itu dijalankan dengan baik.. Pengawaslah yang paling ringan tulang untuk membersihkannya. Bermula dari mengingatkan kawan-kawan yang berkaitan, mengambil peralatan, sama-sama membersihkan kawasan tersebut hinggalah melaporkan bahawa tugas tersebut sudahpun dijalankan.

Menarik bukan? Jika pelajar biasa membersihkan kawasan sekolah sekali sebulan, pengawas pula membersihkan kawasan sekolah pada setiap hari persekolahan. Yang peliknya, kami tidak pernah merungut!! Rajin kan pengawas di sekolah ana?? ^_^ Mungkin kerana rasa tanggungjawab kami melakukan sedemikian, mungkin juga kerana pahala dan ganjaran yang ditawarkan Allah dan mungkin juga kerana menyedari bertapa pentingnya aspek kebersihan dalam kehidupan seorang muslim.

JOM jadi muslim yang kemas + bersih (fizikal + mental + spiritual)

p/s : Hadith annazofatu minal iman tu hadith maudhu' (maksudnya hadith palsu).. Bukan hadith sebenarnya. Hanya kata-kata yang baik dan peribahasa arab.
:: lifeisanAcademy ::

What defines you??

|


Salaam Alayk~


What defines you?

University of Warwick
16th September 2011

(adhan)

Alhamdulillahi nahmaduhu..

Amma ba’du,

$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãYtB#uä (#qà)®?$# ©!$# ¨,ym ¾ÏmÏ?$s)è? Ÿwur ¨ûèòqèÿsC žwÎ) NçFRr&ur tbqßJÎ=ó¡B ÇÊÉËÈ

Praise be to Allah for His ni’mah and blessing upon us, as in a very tight schedule we are still able to sit together and share a few reminders that would benefit all of us, biiznillah..

My dearest brothers and sisters,

How do we define ourselves?

Are we a Pakistani?  An Arab? A Malaysian? Or any other nationality it may be. Or do we define ourselves as muslims?? I’m sure that all of us already have the answer.

But then, some of us might say, I’m a Malaysian muslim! A Pakistani muslim! An Arab muslim!

And to some extent, some of us might even say “ I’m a good Malaysian Muslim. He’s a bad Malaysian muslim. We don’t want to be friends with each other. He’ll surely end up in hell. I don’t want to be in hell with him.” Nauzubillahi min zaalik..

Be careful! How we define ourselves will determine how we treat others.

Allah swt says in the Quran :

$pkšr'¯»tƒ â¨$¨Z9$# $¯RÎ) /ä3»oYø)n=yz `ÏiB 9x.sŒ 4Ós\Ré&ur öNä3»oYù=yèy_ur $\/qãèä© Ÿ@ͬ!$t7s%ur (#þqèùu$yètGÏ9 4 ¨bÎ) ö/ä3tBtò2r& yYÏã «!$# öNä39s)ø?r& 4 ¨bÎ) ©!$# îLìÎ=tã ׎Î7yz ÇÊÌÈ

" O mankind! we created you from a single (pair) of a male and a female, and made you into nations and Tribes, that ye may know Each other (Not that ye may despise (each other). Verily the Most honoured of you In the sight of Allah is (He who is) the most righteous of you. and Allah has full knowledge and is well acquainted (with all things). "
[Surah Al-Hujurat : 13]

Subhanallah, this is such a wonderful ayat. Allah said to us that we as human being are all from the same source, Adam and Hawa. You and I were from Adam and Hawa. We are of the same creation, some are men and others are women. Then from the same kind of species, Allah grouped us into nations and tribes. I’m from Malaysia. Some of you might be from Pakistan, some from Egypt and some from Britain. Above all, none of that matters. The purpose of all these differences is to make us learn from each other - li ta’arafu.

Brothers and Sisters,

What make us better from others is nothing other than Taqwa (note: there is no error in this sentence, however, the phrase ‘nothing other than’ would emphasize your message) – inna akramakum ‘indallahi atqakum. But hey! How can we know who are more righteous than others? There is no clear gauge to measure the righteousness in a person. Even in the Quran, Allah only tells us the characteristic of the righteous people.

This superb ayat make me wonder why we have to discriminate others. When we see someone we don’t like, we would start to say so and so. Then, we start to distinguish ourselves from others.

This is totally wrong brothers and sisters. Differences don’t give us the right to discriminate anyone but from the differences, we have diversity. The uniqueness of each unit and component would give us greater advantage in achieving something. 10 men that have varied skills can beat 10 men with the same capabilities.

Subhanallah!! 10 craftsmen won’t be able to cross deep water until one of them know how to make a boat. Well.. Unless they can swim. That is a different context I suppose.

Then, Allah finishes the ayat with innallaha ‘alimun khabir. Allahu akbar! Allah told us that Allah knows who is more righteous. Thus, what we have to do is to learn from others and to improve ourselves. There’s no need to be bothered by other people’s perception that we are better from another person because in the end, only Allah can determine who is better.

(pause + sit)

$yJ¯RÎ) tbqãZÏB÷sßJø9$# ×ouq÷zÎ) (#qßsÎ=ô¹r'sù tû÷üt/ ö/ä3÷ƒuqyzr& 4 (#qà)¨?$#ur ©!$# ÷/ä3ª=yès9 tbqçHxqöè? ÇÊÉÈ

“ Indeed the mu’minin to each other are brothers, so make reconciliation between your brothers, and fear Allah, that You may receive Mercy,”
[Surah Al-Hujurat : 10]

Brothers and sisters blessed by Allah,

The biggest ni’mat in this world is the ni’mat of Iman and Islam. Under these blessings, the mu’minin are like family to each other. So why do we have to argue with each other? Why are we betraying the ni’mat from the Almightly Allah for His mercy and love to us? Aren’t we afraid of His wrath and anger??

Ädr'Î6sù ÏäIw#uä $yJä3În/u Èb$t/Éjs3è? ÇÊÌÈ

“ Then which of the Blessings of Your Lord will You both (jinns and men) deny? ”
[Surah Ar-Rahman : 13]

And not only once, Allah repeated Himself on this message, but for 31 times in the surah Ar-Rahman and yet, do we still want to be amongst the ungrateful?

I leave the answer to you.

InsyaAllah my dear brothers and sisters,

At this moment, let us raise our hands together and make du’a for all our brothers and sisters around the world..

(dua)

(iqamah + solat)

p/s : After giving 3-4 khutbas.. Huhu.. still nervous..
:: lifeisanAcademy ::

Alasan

|
   
Salaam alayk~

There're too many things in my head. I want to do this and that.. It seems like time isn't on my side.

I want to change my blog theme(again.. sigh~). I got something in mind and I even sketched it out. Just.. I know it gonna be hard as I'm not someone who that have brilliant skills and knowledge on IT, the codes and stuffs. I think, change is needed. I hope that my blog would be simpler, nicer and easier to read but.. I just don't seems to have the time.

I want to read some books. Most of the book that I borrowed were interesting!! Seriously.. Well, that's when my bad habits started. I encountered plenty of lovely books but I just don't seems to have enough time. Thus, I tend to read super fast, just to finish the book since some of the book were borrowed from friends. At the end, I understand none of it (err.. maybe just some part of it).. What a waste!! 

I have a lot of exciting plans in mind, but I don't even have time to discuss it with others. I know that sometimes I might be a little bit "rushy", thus I feel that I need some advice from friends and colleague. Since to the plan would take a lot of time to perfect it, the chances were already gone. Pity me.. 

I know next year gonna be though. I want to study. I have all my books with me. Sadly, I just managed to touch some of it. I always wanted to be smart because I know that Allah has told us to learn in order to know Him. If only I have more time..

I would like to have more time during summer holiday.. There's so many things that I wish to accomplish. There's only one month left.. Will I be able to make it?? Or it would just be another failure for the 2nd time?
  
p/s : Sorry.. my other bad habit as when I'm whining, I start to whine in English. Seriously, I don't know why. Above all, I remembered that I always say "leave your reasons to Allah".. How terrible I am.. Forgive me ya Rabb~
:: lifeisanAcademy ::

21082011 - Apakah sejarah sudah dilupakan??

|


Salaam Alayk~

Apa special-nya 21 Ogos??

Mungkin anda yang tertanya-tanya 21 Ogos??

Banyak perkara yang berlaku pada tarikh 21 Ogos. Namun, tarikh 21 Ogos 1969 merupakan satu satu tarikh yang meninggalkan coretan hitam di dalam sejarah umat Islam. Pada tarikh tersebut, seorang warga Australia bernama Michael Dennis Rohan telah menyalakan api sekaligus membakar sebahagian besar masjid Al-Aqsa. Namun, usaha untuk memusnahkan masjid Al-Aqsa ini berjaya diselamatkan apabila ummat Islam bertindak pantas untuk memadamkan kebakaran tersebut.

Persoalannya, apa yang anda lakukan pada tarikh 21 Ogos setiap tahun?

Alhamdulillah.. pada 21 Ogos yang lalu, ana  berkesempatan untuk menghadiri sebuah Charity Iftar for Palestine yang dianjurakan oleh Interpal (sebuah NGO yang ditubuhkan untuk menyampaikan isu berkaitan Palestin) bertempat di Muath Trust, Bordesley Centre, Birmingham. Sebuah majlis yang sederhana, tapi cukup untuk menyampaikan maksud dan memenuhi objektif penganjuran. Antara aktiviti yang turut diadakan semasa majlis tersebut adalah penyampaian ringkas mengenai situasi Palestin, auction for Palestine, persembahan nasyid dari kumpulan Fursan dan pelbagai aktiviti yang menarik!

Auction for Palestine - lebih dari £1000 berjaya dikutip dari sumbangan para hadirin.

Dalam sesi penyampaian ringkas, ana sangat tertarik dengan sebuah hadith yang dikongsikan oleh Syeikh Shihab. Hadith tersebut berbunyi,

Abdullah Ibnu Umar r.a. pernah meriwayatkan bahawa,

Beliau bertanya kepada Rasulullah saw, “Wahai Rasulullah, khabarkan kepada kami hokum menziarahi Baitul Maqdis,”. Rasulullah saw menjawab, “ziarahlah dan solatlah di sana. Sekiranya tidak mampu (untuk berziarah dan bersolat), maka kirimlah minyak untuk lampu-lampu (bagi menerangi masjid)”.
[Hadith riwayat Bukhari]

Dalam hadith lain yang diriwayatkan oleh Maymunah binti Saad ra. bahawa,

Beliau bertanya kepada Rasulullah saw, “Wahai Rasululluh saw, khabarkan kepada kami mengenai Baitul Maqdis,”. Baginda saw menjawab, “Ziarahlah untuk bersolat(di sana)”. Kemudian beliau bertanya lagi, “Jika sebahagian dari kami tidak dapat menziarahinya, apa yang kami patut lakukan?”. Baginda bersabda, “Jika kamu tidak mampu berziarah untuk bersolat, maka hantarkanlah minyak untuk digunakan bagi menyalakan lampu-lampu, akan dikira sebagai dia telah bersolat di dalamnya”.
[Hadith riwayat Ahmad, Ibn Majah, Abu Daud dan Tabarani]

Connect : Don't let their call go unanswered

Melalui 2 hadith di atas, dapat kita fahami bertapa dekatnya masjid Al-Aqsa dengan ummat Islam. Menyedari hal ini, apakah yang telah kita lakukan setakat ini dalam memenuhi hak kita terhadap masjid Al-Aqsa? Rasulullah saw bukan sahaja meminta kita untuk menziarahi Baitul Maqdis, akan tetapi menjadi keutamaan kita untuk menjaga kebajikannya. Jika difikirkan, kita sebenarnya berhutang dengan jumlah yang besar kepada rakyat Palestin yang bersungguh-sungguh menjaga dan mempertahankan tanah suci ummat Islam tersebut.


Baitul Maqdis yang juga terletak di dalam wilayah Palestin merupakan sebuah tempat yang istimewa di dalam hati ummat Islam. Tanah ini merekodkan pelbagai sejarah dalam peradaban Islam di muka bumi ini.

Apakah sudah cukup dengan apa yang kita lakukan selama ini?

 Suasana di saat majlis berlansung - sederhana tapi penuh perasaan

p/s : Eh?? Dah bayar hutang?
:: lifeisanAcademy ::

Masihkah ada pengampunan buatku di Ramadhan ini?

|


Salaam Alayk~


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.
 (رواه البخاري ومسلم)


Dari Abu Hurairah ra, bahawasanya nabi saw bersabda :


" Barangsiapa yang mengerjakan puasa Ramadhan dengan (penuh) keimanan dan mengharapkan (rahmat Allah taala), nescaya diampunkan dosa-dosanya yang lalu "
[Muttafaqun Alaih]


Ana x tahu.. sudah berapa kali ana mendengar hadith ini. Barangkali, sejak ana dibangku sekolah lagi. Para muallim dan muallimah, abang-abang dan kakak-kakak berkongsi mengenai hadith ini. Hadith ini ada sambungnnya(antara sambungan ataupun riwayat yang lain).. tapi yang berubah hanya bahagian man sooma ramadhan kepada man qaama ramadhan dan man qaama lailatul qadr.


Ana juga tidak pasti, mengapa baru kali ini ana berasa sangat eager untuk mencari dan mendapatkan keampunan dari Allah mengenai dosa-dosa ana yang lampau. Mungkin, hati ana selama ini gelap + hitam diselubungi dosa-dosa yang selama ini ana sedar ataupun yang ana tidak sedari.


" Ya Allah.. terima kasih kerana memberi aku peluang di saat ramadhan kali ini berbaki 10 hari sahaja lagi. Belum tentu aku akan mendapatkan peluang ini lagi. Terima kasih ya Allah.. Ampunilah kesalahanku dan keingkaranku kepadaMu selama ini. "

Ana lebih suka mengambil maksud ihtisaban sebagi menghitung-hitung diri sendiri pada masa yang sama mengharapkan rahmat Allah. Dalam erti kata lain, memuhasabah diri. Yang akhirnya akan berbalik kepada mengharap rahmat Allah kerana kelemahan dan kekurangan diri yang memerlukan rahmat dari Allah untuk mendapat pengampunanNya dan syurgaNya.

Berkira-kira dengan diri apakah selama ini ana telah menjadi hamba Allah yang soleh juga musleh
Berkira-kira dengan diri samada selama ini ana telah menjadi hamba Allah yang bersyukur
Berkira-kira dengan diri berapa banyak dosa yang telah ana lakukan selama ini
Berkira-kira dengan diri sendiri layakkah sebenarnya ana ni?

" Ya Allah.. Moga aku tergolong dalam mereka yang mendapat pengampunan dariMu atas dosa-dosanya yang lalu.. "


p/s : Ramadhan sudah mahu melabuhkan tirainya. Kini tiba 10 malam yang terakhir. Mampukah kita mendapatkan pengampunan yang dijanjikan? Atau kita masih akan tergolong dalam mereka yang rugi kerana tidak mencapai matlamat Ramadhan? Anda tentukan!
:: lifeisanAcademy ::

Secarik dari pentas Badar buat para Remaja

|


Salaam Alayk~



Keadaan pada itu waktu itu redup, tinggalan kesan hujan pada malam sebelumnya. Saat Allah menenangkan hati para muslimin serta membersihkan hati-hati mereka. Bantuan Al-Khaliq kepada kekasihNya juga mereka yang bersama. Bumi yang mereka pijak terasa kemas, pasir-pasirnya menjad padat sehingga teguhlah kedudukan kaki mereka.


Sungguhpun begitu, suasananya tegang. 1000 prajuritlengkap bersenjata dari Kota Mekah menggempur 313 manusia pilihan. Termaktub dalam hadith Qudsi :

“Buatlah apa yang kamu sukai (wahai ahli Badar), sesungguhnya Aku telah ampunkan segala dosa kamu”
[Hadith riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmizi]

Dalam hingar-bingar peperangan, kelihatan dua orang anak muda. Umur mereka masih belia remaja. Seorang dari mereka bergegas menghampiri Abdul Rahman bin ‘Awf dan berbisik :

“Pakcik, tunjukkan saya yang mana satu Abu jahal,”

Kerana usia mereka terlalu muda, Abdul Rahman bin ‘Awf berasa khuatir.

“Hai anak saudaraku, apa yang hendak kamu buat dengannya?”

“Saya diberitahu bahawa dia telah memaki Rasulullah saw!”

Kemudian temannya yang seorang lagi berbuat yang sama kepada Abdul Rahman bin ‘Awf. Perasaan kagum memenuhi dada usahawan islam yang masyhur ini.

“Tidakkah kamu berdua melihat orang itu? Inilah orangnya yang kamu tanyakan kepadaku” seraya menunjukkan ke arah Abu Al-Hakam yang sedang berlegar di celah-celah manusia.

Tanpa melengahkan masa, kedua remaja tersebut dengan pantas menyerbu ke arah Abu Jahal dan memeranginya sehingga menyebabkan hayat penjenayah besar itu berakhir pada hari itu juga. Setelah itu, mereka menemui Rasulullah saw dan mengkhabarkan pencapaian mereka. Lalu Rasulullah saw bertanya :

“Siapakah antara kamu berdua yang membunuhnya?”
“Sayalah yang telah membunuhnya!” jawab salah seorang dari mereka.
“Apakah kamu berdua telah membersihkan pedangmu?” tanya baginda lagi.
“Belum”

Rasulullah saw melihat kepada pedang mereka berdua dan berkata :

“Kamu berdua yang membunuhnya”

Kedua remaja tersebut adalah Muaz bin ‘Amru bin Al-Jamuh dan Muawwiz bin ‘Afra.

Ummat Islam pada ketika itu sedang pertama kali berpuasa Ramadhan. Satu cabaran yang sangat getir apabila Allah menjanjikan kepada mereka 1000 tentera yang memang selama ini memendam rasa terhadap mereka dan bukannya kafilah pedangang. Menghadapi musuh dalam peperangan bukanlah perkara yang mudah, ditambah lagi dengan perintah untuk berpuasa.

Namun, atas segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan pada waktu itu, Allah swt mengurniakan kepada ummat Islam hari Eid Fitr.

Saya kongsikan kisah di atas sebagai peringatan dan pengajaran kepada diri saya khusunya. Itu hanya sebahagian dari kisah-kisah yang berlaku di bulan yang penuh barakah ini. Melihat kepada situasi semasa, ummat islam kini seperti tidak mengerti nilai Ramadhan dan Eid Fitri. Ramadhan dilalui seperti rutin tahunan, menahan lapar dan dahaga kerana ianya satu kewajiban yang dipaksakan dan bukannya direlakan serta diselami hakikatnya.

Mampukah kita menjiwai erti sebenar Ramadhan Al-Mubarak? Layakkah kita meraikan Eid Fitr? Saya kembalikan persoalan ini kepada diri kita untuk mejawabnya.

Selamat melalui akademi Ramadhan kali ini.

Ramadhan Kareem!



p/s : Article ini ditulis buat http://ikramramadhan.tumblr.com/. Alhamdulillah.. Diterima dan sudahpun dipublish. Jadi, ana kongsikan juga di sini. Moga bermanfaat. Website tu sangat best untuk menghidupkan Ramadhan tahun ini. JOM singgah website Ramadhan : An Academy.. ^_^
:: lifeisanAcademy ::

Paris – Cinta di balik Menara Eiffel

|


Salaam Alayk~



Jaulah Europe : Paris – Cinta di balik Menara Eiffel


Pagi itu kami bertolak dari Nevers, setelah persinggahan penuh memori. Alhamdulillah kerana ana masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat iman dan ukhuwwah. Kami sampai di Paris dalam jam 8 paggi,bermaksud kami hanya ada masa sehingga ke petang sebelum menaiki flight untuk kembali ke United Kingdom setelah lebih seminggu kami berjaulah.

 Banyak tempat yang menarik di Paris. Cuma yang mana satu hendak dituju? Begitu juga dengan hidup kita.


Justeru, kesempatan yang ada kami gunakan sebaik mungkin. Berbekalkan peta perjalanan yang kami dapat dari kenalan di Nevers, kami mula mengorak langkah. Destinasi pertama kami, Musee de Lourve. Ini kali pertama ana melihat sebuah muzium yang sebesar dan segah ini. Sedikit perasaan takjub mula timbul dalam hati.

 Bergambar di Musee de Lourve. Teringat novel Da Vinci Code ^^.


“Andainya muzium ini digunakan untuk membawa manusia mengenal siapa Tuhan”

Itulah monolog ana.

Selesai bergambar (tak masuk sebab rasa macam tak berbaloi), kami bergerak menuju ke menara Eiffel. Ada 2 perkara yang ana ingin kongsikan mengenai menara Eiffel ini :

1. Terlalu ramai penjaja di sekitar kawasan tarikan ini. Huh! Rimas juga asyik dikejar penjaja. Mungkin pihak berkuasa boleh menyediakan satu kawasan di mana para pelawat dapat memilih produk yang diingini?

2. Kebersihan kawasan sekitar menara Eiffel tidak dijaga dengan baik. Lihat sahajalah Gambar-gambar dibawah. Hurm.. Mungkin ana tak patut menilai sebegitu, hanya  Cubaan yang baik dalam mengcantikkan permandangan sekitar menara Eiffel dengan menanam pelbagai jenis bunga-bungaan dan tumbuhan yang lain.

Interesting.. of so many places that we visit, only Paris have a rat corpse

 Tulips di persekitaran menara Eiffel

 Menara Eiffel dari bawah


Namun, 2 perkara tersebut tidaklah memburukkan momori ana di kota Paris. Kisahnya bermula begini..

Setelah penat berjalan dan bergambar berbelakangkan menara Eiffel, kami berhajat untuk membeli sedikit cendera hati. Seorang penjaja menahan kami. Dia menawarkan kami 5 key-chain replica manara Eiffel untuk kami dengan harga satu euro. Entah bagaimana, pada akhirnya ana Berjaya membeli 8 key-chain tersebut dengan harga 1 euro. Pada waktu itu, hanya ana yang mahu membeli pada penjaja itu. Mungkin kerana sahabat kami yang pernah ke sini berkata bahawa untuk 1 euro, kami boleh dapatkan bilangan yang lebih banyak. Kemudian, kami meninggalkan penjaja tersebut.

Disebabkan kami masih belum berehat sejak tiba di Paris, kami mengambil keputusan untuk berhenti berehat di kawasan sungai yang berdekatan dengan menara tersebut. 10 minit berehat dan memakan bekal yang diberi oleh kenalan ana dari Nevers, Ashraaf ingin mencuba nasib untuk membeli key-chain yang sama. Manalah tahu, mungkin boleh dapat lebih banyak. Cuba dan terus mencuba, Ashraaf cuma mampu untuk mendapatkan 6 key-chain dengan harga yang sama.

 Inilah key-chain yang ana maksudkan tu


Berehat sebentar di tebing sungai berhampiran Port de Suffren

Kurang berpuas hati dengan harga yang ditawarkan, kami mencuba nasib di kawasan yang tadi. Dalam perjalanan untuk ke sana, ana terlihat seorang penjaja berkulit hitam. Mukanya tenang. Seperti ada tarikan yang menyebabkan ana tertarik padanya.

“Hello.. Excuse me, how much does it cost for the key-chains?” tanya ana.
“5 key-chains for 1 euro” jawabnya.
“Why it is so expensive?” ana cuba berunding.
“No! This is the normal price. You can’t get more than that” tambahnya lagi.
“No.. I can get 6 or 7 for 1 euro. And I just get 8 piece for the same price” ana mencuba lagi.
“Really?” katanya tidak percaya.
“Yes. I bought it there” sambil menunjukkan arah tempat ana membeli key-chain yang sebelum ini.

“Are you muslim?” tanya dia.
“Yes. We are muslim” terang kami.
“Assalamualaikum.. I’m a muslim too” katanya sambil menghulurkan tangan.
“Waalaikumussalam” jawab kami sambil berjabat tangan.
“You know that wa kulil haqqu walau kaana murra?” kata dia pada kami.

Ah! Hadith ini. Hadith yang bermaksud berkatalah yang benar walau ianya pahit. Ana sangat jelas dengan hadith ini. Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri. Walaupun ada yang mengkategorikan hadith ini sebagai dhoif, intipatinya sangat baik dan jelas. Pengajaran yang bermnafaat buat seorang muslim.

“Yes, I understand” jawab ana.
“OK. Follow me” katanya lagi sambil membawa kami ke tempat yang sedikit terlindung. Barangkali, dia khuatir ada penjaja lain ingin merebut pelanggannya.

Sambil kami berjalan, ana sempat mengetahui bahawa dia merupakan pendatang yang mengadu nasib di Paris ini. Dia berasal dari sebuah Negara muslim Afrika(Asif.. Tak ingat pula negara yang mana satu tapi bukan Senegal). Ana juga dapat tahu nama dia adalah Abu Bakar.

“OK. I’ll give you 7 for 1 euro” tawar dia.

Ana memandang kepada 2 lagi teman berjaulah ana. “Bagaimana? Nak beli?” Mereka bersetuju dan membayar sebanyak 5 euro untuk 35 biji key-chain replica tersebut.

Bermula kami bersetuju untuk membeli key-chain tersebut, mulutnya tidak lekang dengan sebutan Alhamdulillah..

Ana hanya tersenyum mendengarnya.

Sebelum kami beredar, ana memberinya not 5 euro.

“Keep this as an extra” kata ana pada dia.
“Thank you for everything, take care of yourself and Assalamualaikum”

Ana berjalan pergi dengan gembira. Kalau dikira, kami membeli dengan harga yang lebih mahal dari harga asalnya. Tak mengapa. Cukup dengan peringatan yang diberikan. Ana puas!

Kemudian, kami bertiga bergerak menuju ke Masjid Besar Paris. Ok. Nama masjid tersebut bukan Masjid Besar Paris. Ana yang bagi nama tu. Sebab memang besar pun. Namanya dalam bahasa French adalah Mosquee de Paris. Ana tak pasti samada ini masjid yang sama dengan Le Grande Mosquee. Huhu.. Perlu bertanya dengan orang yang belajar di France. Masjid tersebut merupakan gabungan masjid dan muzium islam Paris. Seni binanya sangat menarik dan dalam banyak tempat yang kami singgah, hanya di Kota Roma sahaja kami tidak singgah ke masjid kerana tidak jumpa(dah cari dalam map and internet. Masjid terdekat sangat jauh).

 Baru selesai menunaikan fardhu Zuhr(dan 'Asr bagi kami yang bermusafir)

Bergambar disekitar kawasan masjid  

 Taman di dalam masjid + minaret


Selesai menunaikan fardhu Zuhr dan Asr secara berjemaah, kami bertolak ke sebuah Pasar Raya Quatre Temps untuk singgah di Lal’s Café. Lal’s Café merupakan café fast food yang menyediakan makanan halal. Walaupun agak mahal sedikit, tapi kami tidak kisah kerana ianya halal!

Lal's Cafe - agak tersorok tapi okay lah!


Penat berjalan seharian, akhirnya kami menaiki metro untuk ke airport Paris Bercy. Alhamdulillah.. Penerbangan kami untuk kembali ke UK tiba tepat pada waktunya. Untuk itu, berakhirlah siri perjalanan jaulah kami merentasi beberapa negara  Eropah. Moga penglaman yang kami tempuhi mematangkan kami dan bermanfaat buat kami hingga ke akhirnya.

Bittaufiq wan najah~



p/s : Semasa kami di Nevers, ana sempat mengeluarkan gbp100 sebagai wang kecemasan. Alhamdulillah.. Untuk jaulah kali ini, kami berbelanja dalam gbp550 seorang. Worth atau tidak, terpulang kepada pendapat masing-masing. Ana?? Sudah tentu bermanfaat dan murah! Untuk apa yang kami dapat sepanjang perjalanan kami.


Justeru, ana kongsikan siri Jaulah Europe aa buat para pembaca. Semoga anda memperoleh manfaat yang sama.
:: lifeisanAcademy ::

Search lifeisanAcademy

Loading...

Walau Ayaat!!


Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah saw bersabda :

" Antara (tanda) kebaikan keislaman seseorang adalah ia meninggalkan perkara yang tidak berguna baginya "

[ Riwayat Tirmizi dan lainnya : Hadith Hasan ]

Promo

Messege(s)

Friend(s)

Bro(s) + Sis(s)

Thinker(s)

Archives

Followers

Visitors till now..

Hope all of U get the 'Ibrah